Azhan Rani mengamuk? Pasal kualiti teruk pelekat cukai jalan! Suaranya didengari Menteri Pengangkutan!

Published by
KitaReporters


Bukan sahaja Azhan Rani malah kebanyakan pemilik kenderaan di Malaysia sering panas hati dengan kualiti pelekat cukai jalan kenderaan yang dikatakan tidak berkualiti dan mudah rosak.

Sedangkan teknologi terus ke hadapan, namun sebaliknya berlaku terhadap pelekat cukai jalan kenderaan di Malaysia yang ketinggalan zaman. 

Lebih menyakitkan hati, tidak sampai beberapa hari dilekatkan di cermin kenderaan, ada yang sudah rosak akibat tidak tahan dengan panahan cahaya matahari. Sakitnya hati!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan isu-isu pengangkutan

Kualiti pelekat cukai jalan yang rendah menyebabkan cermin kenderaan menjadi buruk.


Hal ini pernah disuarakan oleh pelakon popular, Azhan Rani dalam media sosial pada 6 Disember 2022 lalu. 

Menurut pelakon yang terkenal dengan watak Ustaz Madi dalam drama berjudul Nur ini, pelekat cukai jalan yang sedia ada sudah ketinggalan zaman. 

Justeru dia menyeru kepada pihak bertanggungjawab untuk menukar kaedah lapuk ini kepada digital seiring dengan perkembangan teknologi maklumat masa kini. 

Menurutnya, mewakili suara rakyat Malaysia yang membayar cukai jalan agar menghentikan pengeluaran pelekat cukai jalan yang tidak berkualiti ini. 


Azhan Rani menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kualiti pelekat cukai jalan kenderaan.


Ramai yang menyokong dan bersetuju kenyataan yang dikeluarkan oleh Azhan Rani itu.  

Sudah lama mereka memendam hasrat tersebut namun tatkala seseorang yang terkenal menyuarakannya, bagi mereka inilah masanya! Pasti ia akan kedengaran!

Terbaharu, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi kenyataan yang dikeluarkan dalam media sosial miliknya, telah menyentuh mengenai perkara tersebut. 

Menurut Anthony, dia sedia maklum dengan aduan orang ramai mengenai kualiti pelekat cukai jalan tersebut. 

Katanya lagi, perkara tersebut memang dalam perhatiannya dan satu perubahan besar bakal dilaksanakan pada tahun 2023 ini.


Menteri Pengangkutan baharu, Anthony Loke dilihat pantas membuat kerja dan mendengar rintihan rakyat.


Membaiki kualiti pelekat cukai jalan kenderaan merupakan salah satu perkara yang diambil perhatian.


Khabar gembira itu turut disambut denga penuh syukur oleh Azhan Rani dan berkongsi berita itu dalam media sosialnya. Menurutnya, dia lega dan senang hati dengan langkah yang diambil oleh Menteri Pengangkutan itu. 

Semoga selepas ini tiada lagi pelekat yang mengotorkan cermin kenderaan dan menyakitkan hati. 

Diharapkan juga, sikap pemanduan rakyat Malaysia bertambah baik. 

Tiada guna juga walau secanggih mana pun pelekat cukai jalan, andainya sikap pemanduan masih berada di takuk lama. 

Sama-sama kita berubah! - KitaReporters



 

Azhan gembira langkah Menteri Pengangkutan untuk memperbaharui kualiti pelekat cukai jalan kenderaan.

13
14
0
8
0

Copy Link: