Video| Macam mana jadi begini? Gadis beri pak cik duduk di jambatan bumbung makan! Hidup sendirian!
Published byKISAH seorang gadis menghantar makanan kepada seorang warga emas yang duduk bersendirian di bawah jambatan bumbung kerana diabaikan oleh anak telah mengundang sebak dalam kalangan orang ramai dalam media sosial.
Menerusi video yang dimuat naik pengguna media sosial yang bernama @khaleeda_nasuha, pak cik itu turut menceritakan mempunyai anak namun tidak tinggal bersama ketika disoal wanita itu.
Lagi cerita-cerita sedih berkaitan nasib warga emas
“Macam mana seorang anak boleh membiarkan ayahnya hidup dalam keadaan yang macam ini?” soalnya.
Meninjau dalam ruangan komen, orang ramai turut bersimpati dengan nasib yang dialami pak cik tua tersebut serta mendoakan urusan kehidupannya dipermudah.
“Hati sedih tetapi pak cik itu tak tunjuk. Senyum ketawa mahu hilangkan rasa sedih itu. Allahuakhbar sedihnya,” jelas @user34051.
“Saya rasa mahu menangis melihat video ini,” ujar @4tenn.
“Ya Allah, lindungi pak cik ini ke mana sahaja dia pergi,” doa @dvrLovl. - KitaReporters