Hilang!! Tolong carikan anak saudara OKU saya - Fauzi Nawawi
Published byKehilangannya telah dilaporkan kepada polis namun anak saudara kepada pelakon Fauzi Nawawi, seorang gadis kelainan upaya (OKU) yang dipercayai hilang di Pantai Remis, Perak masih belum ditemui. Sehubungan itu, Fauzi melalui entri dalam Instagramnya memohon jasa baik orang ramai yang mengetahui keberadaan anak saudaranya itu supaya menghubungi talian yang diberikan. : KitaReporters
Gambar anak saudara Fauzi Nawawi yang hilang. - Kredit foto: IG @fauzinawawi_new
“Mohon simpati dan pertolongan kepada sesiapa yang ternampak dan terlihat remaja ini.
"Dia anak kakak saya, remaja istimewa (OKU) dia hilang dari rumah sejak 6 hari yang lalu, laporan polis telah dibuat di balai polis Pantai Remis, Perak tapi masih belum ada apa2 berita ...
"Mohon bantuan daripada warga insta dan masyarakat yang prihatin supaya dapat hubungi nombor yg tertera di gambar Jika ternampak anak saudara saya,” tulis Fauzi pada ruang komennya.
Seruan bantuan itu turut dikongsi dan disiarkan semula (reposted) oleh isterinya, pelakon Lisdawati melalui Instagramnya.
“Minta jasa baik ye.. sesiapa ternampak anak ini.
"Dia nampak macam normal, bercakap biasa macam org biasa tetapi fikiran dia tak sama macam kita sebab tu dia ketegori (OKU).
"Harap penjelasan ini orang yang jumpa akan faham,” tulis Lisdawati yang turut memuat naik gambar sama.
Kedua-dua entri yang dimuat naikoleh Fauzi Nawawi serta Lisdawati mendapat pelbagai reaksi yang kebanyakannya mendoakan agar segala urusan dipermudahkan dan gadis yang tidak pula disebutkan namanya itu selamat ditemui.
Dengan adanya sejumlah 128,000 pengikut Fauzi Nawawi serta ditambah lagi dengan seramai 522,000 pengikut daripada Instagram Lisdawati, moga anak saudara mereka ini ditemui selamat dan dalam keadaan baik.
Jadi korang di luar sana jom kita war-warkan bersama semoga gadis OKU ini cepat dapat kembali ke pangkuan keluarga dan tidak diapa-apakan oleh individu-individu yang tidak bertanggungjawab. - KitaReporters