Memilukan! Bakal pengantin perempuan meninggal sebelum akad nikah! Angan pengantin lelaki musnah!
Published byPERKAHWINAN adalah impian setiap insan yang sempurna. Namun Tuhan berkuasa dalam menentukan ajal, rezeki dan jodoh.
Perkahwinan yang sudah di depan mata, namun beberapa jam sebelum majlis akad nikah berlangsung, bakal pengantin perempuan pengsan lalu meninggal dunia ketika sedang berhias.
Kejadian berlaku di di Desa Pariti, Kecamatan Sulamu, Kabupaten Kupang, Nusa Tenggara Timur (NTT), pada Sabtu, 31 Julai 2021 kira-kira jam 10 pagi waktu tempatan.
Pada malam sebelumnya pengantin wanita sudah pun menjalani upacara adat sebelum majlis akad nikah pada esok hari, 31 Julai.
. ..
Anggota keluarga menghubungi Klinik Kesihatan Pariti, Kupang, untuk mendapatkan rawatan kecemasan. Namun doktor mengesahkan Norliana Yosita Lau, 31, sudah meninggal dunia.
Tidak percaya dengan berita itu, ahli keluarga membawa jenazah ke Hospital Naibonat, Kupang. Namun jawapan doktor tetap sama. Norliana dikatakan diserang sakit jantung.