DNA: Kematian Baby Girl 3 tahun mengejutkan semua orang! Identiti ibu kandung baru terbongkar!
Published bySEDIH kanak-kanak perempuan tiga tahun ditemukan mati di kediamannya akibat mengalami kebuluran sejak mangsa ditinggalkan bersendirian selama enam bulan oleh ibunya yang juga merupakan kakaknya. - Kredit foto: Joongang Ilbo/Hankyung.
Satu peristiwa yang cukup menyayatkan hati apabila seorang
ibu dilaporkan sanggup meninggalkan anaknya bersendirian di kediaman sewanya di Gumi,
Gyeongsang, Korea Selatan selama enam
bulan setelah ibu kanak-kanak itu dikatakan telah berkahwin dengan teman
lelaki baharunya.
Wanita berumur 22 tahun yang dikenali sebagai Kim itu berpindah
ke tempat baru mengikut suaminya dan tidak mahu membawa anaknya bersama.
Kanak-kanak perempuan comel berumur tiga tahun atau "Baby Girl" (namanya tidak didedahkan) tidak
disukai ibunya (Kim) kerana ingin menyerahkan kepada bekas
suaminya nanti apabila dia mendapatkan hak penjagaan sepenuhnya.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Korea Selatan:
https://kitareporters.com/search?search=korea
"Baby Girl"menjadi mangsa kekejaman perbuatan kakaknya sendiri, Kim (pada mulanya dilaporkan sebagai ibunya), yang membiarkan sendirian di rumah sehingga mati akibat kebuluran. - Kredit foto: Hankyung.
Menurut laporan The Straits Times, Kim dan bekas suaminya, Hong telah bercerai sejak April 2020. Laporan mengatakan Kim telah mengabaikan anak jagaannya sejak Ogos 2020 selepas dia berkahwin baharu.
Pada 10 Februari 2021, sepasang
suami isteri yang dikatakan datuk dan nenek kanak-kanak perempuan itu telah
berkunjung ke tingkat tiga apartment (rumah sewa Kim) selepas pemiliknya
meminta mengosongkan kediaman itu yang telah tamat tempoh kontrak perjanjian
sewa rumah.
Kebetulan pula Seok, berusia
48 tahun (nenek mangsa) dan suaminya (datuk) tinggal di
tingkat bawah di bangunan yang sama
dengan kanak-kanak malang itu.
Alangkah terkejutnya mereka berdua apabila menemukan seorang kanak-kanak perempuan terbujur kaku dibaluti dengan kain seperti ‘mumia’ yang sudah tidak bernyawa lagi.
Kim ditahan oleh pihak berkuasa Korea Selatan untuk diambil keterangan bagi melengkapkan siasatan berikutan penemuan seorang kanak-kanak perempuan yang ditemukan mati di kediaman sewanya di Gumi, Gyeongsang, Korea Selatan. - Kredit foto Yonhap News.
Susulan itu, pihak polis bandar Gumi, Korea Selatan telah dihubungi dan dikejarkan di lokasi kejadian bagi menyiasat kes kematian kanak-kanak tersebut.
Apa yang cukup menyedihkan ialah sikap Kim (pada mulanya dilaporkan sebagai ibu Baby Girl) yang tidak bertanggungjawab dan enggan membawa kanak-kanak berkenaan bersamanya.
Sepatutnya dia (Kim)
menyerahkan kanak-kanak itu kepada ibu bapanya (Seok dan suami)
jika tidak berhasrat untuk menjaganya.
Menurut media tempatan Korea Selatan, siasatan awal pihak
polis mendapati kanak-kanak itu telah lama mati dan kemungkinan besar sejak dia
ditinggalkan oleh ibunya.
Ekoran itu, Kim telah ditahan oleh pihak berkuasa untuk membantu siasatan insiden kematian kanak-kanak itu di kediaman mereka dan dipercayai berpunca akibat tidak makan dan minum atau kebuluran dalam tempoh yang lama.
Bekas suami Kim, Hong turut dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan tentang punca berlakunya pengabaian penjagaan kanak-kanak itu.
Hong menceritakan kejadian yang berlaku terhadap anaknya yang telah diabaikan oleh bekas isterinya Kim sehingga kanak-kanak itu menemui maut dalam program ‘Kisah Benar’ oleh Munhwa Broadcasting Corporation (MBC). - Skrin tangkap layar MBC.
Dalam satu temu bual sebuah program ‘Kisah Benar’ oleh Munhwa Broadcasting Corporation (MBC) dia berkata, “Kim (bekas isteri) telah mengandung anak orang lain ketika kami mula berpisah dan sejak itu dia langsung tidak mengambil berat mengenai anaknya.
“Saya mengesyaki dia (Kim) telah menjalin hubungan sulit
dengan lelaki lain dan sikapnya sudah berubah.
“Saya meminta dia supaya menjaga anaknya itu terlebih dahulu
sehingga keadaan menjadi stabil sebelum hak penjagaan diberikan ke atas saya,”
jelas Hong dengan nada yang sedih dan kecewa.
Laporan polis pula mendedahkan pada pada 20 Mei 2020 mendapati bahawa Kim tidak lagi membayar sewa rumah
selama lima bulan berturut-turut sehingga bekalan elektrik telah diputuskan
oleh pihak berkuasa utiliti Korea
Selatan.
Ada kemungkinan ketika itu (beberapa hari kemudian), "Baby Girl" sudah meninggal dunia dan dia (Kim) pula telah meninggalkan mayat anaknya sendirian di kediaman itu.
Seok yang dikatakan nenek kepada "Baby Girl" itu adalah ibu kandung yang sebenar kepada mangsa selepas ujian DNA mendapati keputusannya adalah positif dan sepadan DNA kanak-kanak malang tersebut.- Kredit foto Yeongnam Ilbo.
Namun pada 10 Mac 2021, pihak polis terkejut apabila menerima keputusan ujian deoxyribonucleic acid (DNA) daripada Perkhidmatan Forensik Kebangsaan (NFS) Korea Selatan ke atas mayat mangsa menunjukkan bahawa Kim bukanlah ibu kandung yang sebenar.
Paling mengemparkan ialah Seok adalah
ibu sebenar kepada "Baby Girl" dan bukanlah nenek
sebagai mana yang didakwanya.
Sebaliknya mangsa adalah adik kandung Kim dan
bukanlah anak seperti mana yang didakwa Seok sebelum ini.
Malah, Seok
berkata bahawa keputusan DNA itu
adalah tidak betul dan salah sedangkan pihak polis tidak percaya dengan
kata-kata Seok kerana mana mungkin NFS sebuah badan profesional yang
diiktiraf oleh negara K-Pop itu cuai
dalam ujian itu.
Tambah laporan itu, ujian yang sama (DNA) dilakukan terhadap bekas
suami Kim, Hong juga bukanlah bapa kandung
sebenar kepada mangsa. Siapa bapa sebenar "Baby Girl"? Agak misteri siapa ibu bapa kandung kanak-kanak
itu!
Pakar-pakar forensik DNA dari NFS telah menjalankan ujian keseluruhan bagi mereka yang terlibat dengan kes kematian kanak-kanak misteri ini termasuk suami Seok.
Ironinya, suami Seok juga bukan bapa kandung kepada "Baby Girl" dan sekali gus menunjukkan ibu Kim sebenarnya pernah melahirkan seorang bayi perempuan pada tiga tahun lepas dan cuba disembunyikan daripada pengetahuan suaminya.
Kebetulan pula, ketika itu (tahun yang sama) juga anaknya Kim telah melahir seorang bayi di mana jantinanya telah dirahsiakan (Seok)
dan menukarkan bayinya (Seok) dengan bayi Kim.
Timbul pula persoalan, di mana pula perginya anak Kim yang
sebenar?
Seok sememangnya merancang untuk menutup rahsia bayi yang
dilahirkannya dan mendakwa bayinya itu
adalah bayi Kim.
Hakikatnya, pihak polis masih terus menyiasat siapa bapa
sebenar "Baby Girl" yang dilahirkan oleh
Seok walaupun dinafikan olehnya.
Cerita moral dari kemelut kepincangan rumah tangga Kim dan Hong serta kes kematian anak 'misteri' mereka telah terbongkar kisah sebenar kelahiran dan DNA mangsa adalah gara-gara ibunya (Seok) sendiri yang terlibat dengan skandal hubungan sulit
rumah tangganya.
Hong (bekas suami Kim) dan suami Seok pula adalah mangsa keadaan kepada misteri kanak-kanak perempuan tiga tahun yang mati mengejut di sebuah kediaman sewa kakak kandungnya (Kim) sendiri.
Baby Girl. - Kredit foto: koreaboo.com
Dalam perkembangan yang lain, pada tahun 2020 Korea Selatan telah
dikejutkan dengan beberapa berita kes kematian kanak-kanak di bawah penjagaan
ibu bapa mereka sendiri.
Antaranya kes kematian Jeong-in, seorang bayi perempuan
berusia 16 bulan pada 13 Oktober 2020,
di hospital Mok-dong, daerah Yangcheon.
Kematiannya berpunca daripada perbuatan penderaan oleh keluarga
angkatnya selepas 271 hari dipelihara oleh mereka dengan terdapat beberapa
kesan calar dan luka di badan serta mengalami patah tulang serta luka pada kepala.
Kerajaan Korea Selatan kini sedang meminda undang-undang yang ketat dalam hal berkaitan penjagaan dan kebajikan kanak-kanak berikutan bertambahnya kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak dalam kalangan ahli keluarga termasuk dari keluarga angkat. – Kitareporters
Sumber:
https://kpophit.com/korean-police-discover-a-mummified-three-year-old-baby-the-investigation-unveils-shocking-family-drama-behind-her-death-kpophit/
https://koreajoongangdaily.joins.com/2021/01/04/national/socialAffairs/child-abuse-Jeongin-police/20210104183710084.html