PANAS baran perlu dikawal, kalau tidak boleh menyebabkan perkara yang tidak diinginiPeristiwa di Mataram, Nusa Tenggara Barat (NTB), Indonesia ini perlu dijadikan pedoman agar peristiwa seperi ini tidak terjadi lagi. 

Muhammad Ali Asgar (MA), 30, dan Halimatulsadiah (HS), 29, sudah 15 tahun berkahwin dan mempunyai 2 anak.

Namun kehidupan perkahwinan kedua-duanya asyik dipenuhi pertengkaran hingga menyebabkan mereka bercerai beberapa bulan lalu.


MA ketika dibawa pada sidang media, pada Isnin, 26 April 2021. - Kredit foto: Tribune News


Namun MA cuba kembali memikat HS dan ia dipersetujui ibu HS, Faridah dan saudara maranya demi anak-anak.

Lalu kedua-duanya kembali diakadkan pada  Jumaat, 16 April 2021.

Beberapa jam selepas akad, MA dan HS pergi berjualan buah di satu tempat dengan turut membawa anak paling kecil yang berusia 3 tahun.

Namun panas baran MA kembali memuncak setelah melihat HS berbual mesra dengan pelanggan lelaki ketika berjualan.

MA menyatakan tidak suka dengan perbuatan HS. Lalu berlaku pertengkaran antara kedua-dua hingga 1 pagi.

MA yang seperti dirasuk mengambil pisau pemotong buah lalu menikam pada bahagian leher kanan HS sambil diperhati oleh anak mereka. Darah mengalir membuat MA panik dan membawa isterinya ke sebuah hospital dengan kereta pikapnya.

Namun sayangnya hospital swasta itu enggan menerima pesakit yang sudah tenat berlumuran darah dan tiada doktor yang bertugas.

Kerana panik MA membawa HS ke balai polis Ampenan. Polis segera membawa HS ke sebuah hospital kerajaan namun nyawa HS tidak sempat diselamatkan lagi.

Kematian HS cukup dikesal oleh ibunya Faridah dan anggota keluarga. Mereka mengharap MA menerima hukuman sewajarnya termasuk hukum mati.

MA akan didakwa membunuh dan boleh dihukum penjara hIngga 15 tahun. MA dipertemu kepada media pada sidang media pada Isnin, pada 26 Mac 2021. - KitaReporters


1
0
1
0
1

Copy Link: