ADAT berumah tangga pasti ada turun naik, tak kan masa senang saja mahu dikongsi sama tapi bila sakit ditanggung sendiri. Menggunakan prinsip berkenaan seorang pesara jurutera di Jabalpur, India membuktikan kasih sayang kepada pasangannya tidak pernah pudar biarpun mereka semakin berusia dan berdepan dengan masalah kesihatan. : KitaReporters

SETIA di sisi isterinya, Kumudani sepanjang masa selepas menyediakan semua kelengkapan perubatan di rumah mereka di Jabalpur, India baru-baru ini. - Kredit foto: Twitter @Jabalpursafety


Lebih membanggakan si suami sanggup mengubah suai kediaman mereka menjadi wad Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan menyediakan alatan perubatan bagi memudahkan urusan perubatan isterinya

Inilah pasangan sejati sanggup susah senang bersama sehingga penghujung usia...


Memetik etvbarat.comGyan Prakash yang kini berusia 74 tahun sanggup membeli kelengkapan perubatan menyerupai keadaan di hospital bagi memudahkan isterinya.

Walaupun tidak pernah mendapat latihan perubatan, namun tidak menghalang untuk membeli keperluan perubatan seperti silinder oksigen, ventilator untuk kegunaan isterinya, Kumudani Srivastava.

LENGKAP dengan keperluan perubatan di kediaman mereka bagi memudahkan isteri berulang alik ke hospital.


Sebelum ini, Kumudani sering ‘berkampung’ di hospital berikutan masalah asma yang dialami sejak empat tahun lalu.

Malah pesara pengetua di sebuah sekolah tinggi di India itu sering berdepan masalah kesukaran bernafas disebabkan masalah asma yang dialami.

Keadaan itu menyebabkan Gyan tidak sanggup untuk berulang alik selain memikirkan keselesaan isterinya.

SELESA Gyan Prakash sentiasa memastikan isterinya selesa sepanjang masa dengan menyediakan semua keperluan perubatan di rumah mereka.


Beliau kemudian nekad membeli keperluan berkenaan dan mengubah suai rumah mereka. Lagipun anak-anak mereka tidak tinggal berhampiran kerana bekerja di luar negara.

Lebih membanggakan dia juga mengubah suai kenderaannya menjadi ambulans untuk digunakan berulang alik ke hospital.

Malah Gyan juga memasang mesin sanitasi bagi mengekalkan kebersihan di rumah mereka, sekali gus menjamin kesihatan Kumudani.

Inilah contoh cinta sejati… sanggup mengharungi susah senang sehingga akhir hayat.

Semoga Gyan terus sabar melayan Kumudani yang berdepan masalah kesihatan tapi dalam masa sama jangan lupa kesihatan sendiri. : KitaReporters

8
0
1
0
0

Copy Link: