Demi kasih sayang kepada anak, seorang bapa yang hanya dikenali sebagai Narayana, sanggup memayungi anak perempuannya dalam keadaan hujan lebat bagi membolehkan si anak mengikuti pembelajaran dalam talian (online). 

Peristiwa ini terjadi di Ballaka, sebuah desa terpencil di daerah Dakshina Kannada, negeri Karnataku, India. Kawasan itu menghadapi masalah rangkaian Internet yang lemah, lalu menyebabkan penduduk desa perlu pergi ke tepi jalan raya untuk mendapatkan isyarat yang lebih baik.

Dan pada masa yang sama, kawasan sering mengalami cuaca hujan lebat.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan pembelajaran online

Narayana sanggup memayungi anak gadisnya mengikuti pembelajaran dalam talian. - Kredit foto: FB Mahesh Puchchappady


Gambar ini dirakam oleh seorang wartawan bernama Mahesh Puchchappady, yang memuat naik gambar dalam akaun Facebook dan Twitternya.

Dalam Twitternya, Puchappady menulis bahawa gadis itu  datang ke tempat yang sama setiap petang.

Menurut wartawan itu lagi, situasi sedemikian adalah normal di kawasan luar bandar, di mana pelajar yang mengikuti kelas dalam talian berdepan dengan masalah liputan internet.

Gambar ini dirakam pada 15 Jun 2021. Bagaimanapun ia tular apabila dimuat naik pada Ahad, 20 Jun 2021 iaitu sempena Hari Bapa.



Si anak gadis akan mengikuti peperiksaan peringkat sijil dan memerlukan dia mengikuti pembelajaran dalam talian. Ia memperlihatkan kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. 

Sanggup bersusah demi memastikan anaknya mendapat pembelajaran yang sempurna bagi memperoleh keputusan terbaik dalam peperiksaan, sekali gus masa depan yang lebih cerah. - KitaReporters


Hujan sering terjadi di kawasan kampung berkenaan. - Kredit foto: India.com

0
0
0
0
0

Copy Link: