Ambulans tak tiba! Bapa pakai PPE hantar sendiri anak ke pusat kuarantin Covid-19! Naik kapcai!

Published by
KitaReporters


MENDAPAT perkhabaran ahli keluarga positif Covid-19 pasti mendebarkan, tidak keterlaluan kalau ada yang mandi tak basah tidur tak lena. Semuanya kerana takut dengan virus jahat yang menyerang manusia di atas muka bumi di seluruh dunia hari ini.

Lagi mendebarkan jika yang dijangkiti itu warga emas atau kanak-kanak, pasti hidup menjadi kucar-kacir membayangkan kesan jangkitan ‘tetamu tak diundang’ itu yang boleh mengundang maut memandangkan golongan itu berisiko tinggi.

Selepas mengesahkan positif, saat menunggu dijemput ambulans untuk dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) juga menjadi momen menyedihkan.

Bimbang perginya tak kembali lagi!


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Thailand


Namun berbeza dengan seorang ayah di Thailand yang sangat positif dan sanggup menghantar sendiri anak lelakinya yang positif Covid-19 ke hospital selepas menunggu terlalu lama ambulans menjemput anaknya.

Mungkin terlalu ramai yang positif di negara gajah putih itu menyebabkan kakitangan hospital lambat untuk tiba menjemput si kecil itu ke pusat kuarantin

Inilah sikap ayah... kasihnya sepanjang hayat!

Walaupun terpaksa berkorban namun dia sanggup membuat apa sahaja demi menyelamatkan nyawa anaknya.



Bapa muda dari Thailand itu sanggup menyarungkan sut PPE dan membawa anak lelakinya yang berusia sekitar 6 atau 7 tahun itu ke hospital awam yang mungkin terletak tidak jauh daripada rumahnya.

Perkongsian sayu itu menjadi tular dalam media sosial selepas dimuat naik oleh seorang netizen menerusi Twitter miliknya @anthraxxxx.

Lebih sayu bapa itu hanya menghantar anak lelakinya menggunakan motosikal kapcai miliknya sendiri. Namun demi anak si ayah sanggup lakukan!

Malah dalam video berdurasi 54 saat itu menyaksikan si bapa turut membawa dua plastik putih yang digunakan untuk meletak barangan keperluan anaknya yang akan digunakan sepanjang ‘bercuti’ di PKRC

Allahu sayunya!

Berjalan beriringan dengan si anak pasti membuat mata yang memandang sebak.



Tidak terhenti di situ sahaja selepas selamat anak lelakinya ‘mendaftar’ diri ke PKRC itu dia tetap menghubungi menerusi panggilan video bagi mengetahui perkembangan anaknya yang sendirian di pusat berkenaan.

Malah bapa bertanggungjawab itu sempat memberikan kata-kata semangat kepada anak lelaki supaya terus bersabar sepanjang tempat berkenaan.

Perkongsian berkenaan mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen.

Selain itu ada yang tabik spring dengan pendirian bapa itu yang sanggup menghantar sendiri anaknya ke pusat kuarantin walaupun anak itu nanti sendirian.

Inilah yang sepatutnya... bukannya sembunyikan si kecil apabila positif tetapi bila menjadi kritikal pihak lain pula yang dipersalahkan!

Semoga si kecil itu tidak serius dan kembali bersama keluarga malah, Covid-19 juga lenyap dan kita semua kembali hidup bebas. - KitaReporters


 

0
3
3
1
0

Copy Link: