SISWAZAH Sarjana Muda Pengurusan Teknologi Maklumat Universiti Utara Malaysia (UUM), Muhammad Hamzan Mohd Saimi, 24, bersyukur kerana akhirnya menerima ijazah menandakan tamat pengajiannya di universiti ini. Sehubungan itu, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini mengambil kesempatan berselfie dengan posmen yang menghantar transkrip ijazahnya. : KitaReporters


Muhammad Hamzan Mohd Saimi (kanan) berselfie dengan posmen yang menghantar transkrip ijazahnya.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan UUM:

https://kitareporters.com/search?search=UUM


Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-33 yang kebiasaannya dijadualkan berlangsung pada November 2020 telah dibatalkan bagi menjaga kesihatan dan keselamatan seluruh warga UUM dan masyarakat setempat ekoran penularan berpanjangan COVID-19.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Akademik UUM, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira nasihat dan saranan daripada pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Sehubungan dengan itu, semua graduan menerima Transkrip Ijazah mereka melalui pos.


Walaupun tidak dapat bergambar di Kampus UUM, Muhammad Hamzan abadikan gambar bersama ibu bapa dan adiknya di rumah.


Muhammad Hamzan antara siswazah UUM, yang menerima ijzah itu melalui posmen pada 25 Disember 2020, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibu bapa dan semua yang mendoakan dan memberi sokongan hingga berjaya menamatkan pengajiannya.

"Walaupun tidak dapat berkonvo tetapi saya bersyukur kerana berjaya menamatkan pengajian di UUM dan saya tetap merindui keluarga Inapan Siswa YAB," katanya lagi.

Hamzan menambah semua siswazah menginginkan majlis graduasi diadakan tetapi dia dan rakan-rakan memahami pandemik Koronavirus (COVID-19) telah menghalang majlis itu diadakan.


Muhammad Hamzan menunjukkan Ijazahnya Kepada ADUN Chetok Zuraidin Abdullah (kiri sekali) sambil diperhatikan oleh bapanya.


Setiap perkara atau ketentuan Allah itu adalah luar daripada kotak pemikiran kita dan tidak boleh diubah-ubah kerana ia tertulis sejak di Loh Mahfuz.

Oleh itu kita perlu bersangka baik dengan ketentuannya yang menisbah atau mentakdirkan sesuatu perkara itu terjadi kepada kita, adalah tanda Mukmin sejati.

Dalam pada itu, Muhammad Hamzan tidak menyangka kehadiran Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chetok Zuraidin Abdullah yang kebetulan hadir ke rumah untuk menziarahi ayahnya yang kurang sihat turut berkongsi kegembiraan di atas kejayaan Hamzan itu.


Muhammad Hamzan mengambil upah menghantar ayam untuk penduduk sekitar Pasir Mas.


Selepas tamat pengajian, Muhammad Hamzan bekerja menghantar ayam yang ditempah kepada penduduk setempat bagi menampung perbelanjaan keluarganya.

Ayahnya tidak dapat bekerja kerana mengalami masalah saraf sejak 2013 dan ibunya pula mendapat elaun sebagai kerani untuk menyara tiga lagi adik-adiknya itu.

Bagi mereka yang ingin menempah ayam di sekitar Pasir Mas boleh menghubungi Muhammad Hamzah melalui talian 01169578226. - KItaReporters

16
0
0
1
1

Copy Link: