Kawan bunuh kawan! Mayat dikerat 11, dimasukkan dalam 2 beg
Published byKAWAN baik adalah teman bergembira dan berduka. Tetapi jangan sangka kawan baik tidak boleh mendatangkan bencana, malah sehingga meragut nyawa. Inilah tragedi yang menimpa Sushilkumar Sarnaik, 31, seorang pegawai bank di Mumbai, India, yang dibunuh oleh pasangan suami isteri yang juga rakan baiknya di Neral, Mumbai. : KitaReporters
SUSHILKUMAR SARNAIK.... Mangsa pembunuhan teman baik sendiri. - Kredit foto: The Indian Express
Lagi kisah-kisah berkaitan pembunuhan:
https://kitareporters.com/search?search=pembunuhan
Lebih menyedihkan, mayat Sarnaik yang ditemui pada 16 Disember 2020, telah dikerat kepada 11 bahagian dan disumbatkan ke dalam dua buah beg besar.
Berikutan penemuan potongan mayat tersebut,
polis menahan sepasang suami iseri yang juga rakan Sarnaik sejak 10 tahun, iaitu
Chales Nadar, 41, dan isterinya, Salomi, 31.
Hasil soal siasat, pasangan tersebut mengaku membunuh Sarnaik dan memotong mayatnya serta memasukkannya ke dalam dua buah beg yang mereka beli daripada sebuah kedai khusus untuk menyumbat mayat berkenaan.
INILAH Stesen Kereta Api Neral, Mumbai, lokasi di mana mayat Sarnaik yang dikerat kepada 11 bahagian dijumpai. -Kredit foto: wikimapia.org
Memetik laporan The Indian Express, Sarnaik yang merupakan pengurus pelanggan sebuah bank ternama di cawangannya di Jalan Grant, Mumbai, dilaporkan hilang sejak Sabtu 12 Disember 2020. Polis bagaimanapun tidak menamakan bank berkenaan.
Ketika meninggalkan rumah, Sarnaik memberitahu ibunya dia hendak pergi berkelah dengan kawan dan akan balik keesokan harinya, Ahad 13 Disember 2020.
Apabila dia tidak balik seperti dijanjikan,
ibunya mula bimbang dan pergi ke bank tempat Sarnaik berkerja untuk bertanya
kepada rakan-rakannya sama ada mereka tahu ke mana anaknya pergi.
Namun tidak serang pun tahu ke mana Sarnaik pergi atau di mana dia berada. Ibunya semakin bimbang dan mengambil keputusan membuat laporan orang hilang di Balai Polis Worli pada Isnin 14 Disember 2020.
Inspektor Kanan di Balai Polis Worli, Sukhlal Varpe memberitahu, setelah menerima laporan dan sementara mereka berusaha menjejaki Sarnaik, pihaknya mendapat panggilan daripada Balai Polis Neral pada pagi Khamis 17 Disember 2020 memaklumkan mengenai penemuan mayat pegawai bank itu pada pagi Rabu 16 Disember 2020.
Mayatnya yang dipotong kepada 11 bahagian dan sudah
berbau ditemukan oleh penduduk pada pagi Rabu 16 Disember 2020 dalam dua buah beg yang
terapung di sungai kecil berhampiran dengan stesen kereta api Neral.
Ekoran penemuan itu polis melancarkan gerakan
mengesan siapa yang bertanggungjawab melakukan jenayah kejam itu.
Polis memperoleh panduan melalui sticker pada
beg tersebut yang membolehkan mereka menjejaki dari mana beg itu dibeli.
Pemilik kedai segera mengenali beg tersebut apabila ditunjukkan oleh polis.
Berikutan itu polis meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kedai itu dan berjaya mengesan Nadar dan memperoleh alamatnya. Pada petang Rabu 16 Disember 2020 itu juga polis Neral menangkap Nadar dan isterinya di kediaman mereka.
Pada pagi Khamis 17 Disember 2020, polis Neral memaklumkan penemuan mayat kepada Balai Polis Worli, tempat di mana ibu Sarnaik membuat laporan kehilangan anaknya. Mayat Sarnaik dicam oleh kedua-dua ibu bapanya.
Menurut Inspektor Tanaji Narnawar dari Balai Polis Neral, Sarnaik pergi ke rumah Nadar dan isterinya pada 12 Disember 2020, hari dia meninggalkan rumah. Mereka sudah berkawan lama kerana sebelum itu pernah sama-sama bekerja di sebuah pusat panggilan pelanggan.
Pada malamnya ketika berbual-bual, Sarnaik dikatakan
mengeluarkan kata-kata yang tidak manis terhadap isteri Nadar, Salomi,
menyebabkan Nadar marah dan terus mengelar leher Sarnaik dengan pisau sehingga
mati.
Suami isteri itu kemudian mengerat mayat Sarnaik
kepada 11 bahagian dan membungkus potongan mayat itu dengan plastik dan kertas.
Kemudian mereka membeli dua beg besar dan menyumbatkan potongan mayat itu ke
dalam beg-beg tersebut.
Bagaimanapun mereka tidak terus membuang mayat
tersebut tetapi menyimpannya untuk dua hari. Bagi mengelakkan bau busuk, mereka
membakar colok di dalam rumah. Mayat itu hanya dibuang pada malam Selasa 15
Disember 2020 dan ditemui orang ramai pagi Rabu 16 Disember.
Apakah nasib suami isteri yang melakukan pembunuhan kejam itu? Hanya mahkamah akan menentukan. - KitaReporters