Video| Tiada harapan sembuh! Gali kubur sendiri tunggu ajal!
Published byAJAL dan maut semuanya ketentuan Ilahi, mungkin kita boleh merancang tetapi Dia yang menentukan perjalanan yang dilalui hari ini. Mungkin merasakan dirinya sudah tiba untuk kembali ke kampung abadi membuatkan seorang lelaki tua dari wilayah Hunan, China membuat persediaan dengan cara tersendiri. : KitaReprters
BERSEDIA untuk mati selepas merasakan dirinya tiada harapan untuk sembuh . Kredit Foto Douyin.
Lagi kisah-kisah berkaitan China:
https://kitareporters.com/search?search=china
Memetik laporan portal Dailymail.co.uk, lelaki berusia 79 tahun itu yang menghidap penyakit kanser limfoma mengambil keputusan mengupah beberapa penduduk di kampung untuk menggali lubang kubur kepada dirinya sebagai persediaan untuk pulang ke ‘sana’.
Tindakan itu dilakukan selepas mengetahui dirinya tiada harapan untuk kembali sembuh.
Malah kerana tidak mahu menyusahkan ahli keluarga
termasuk isteri dan anak-anaknya yang terbeban dengan kesakitan yang dilalui membuatkan
dia nekad dengan keputusan yang diambil.
Lebih mengejutkan dia bukan hanya duduk berdiam diri di dalam lubang berkenaan tetapi turut mencederakan diri sendiri dengan mengelarkan tangannya dengan pisau.
ANAK lelakinya sambil dibantu pihak berkuasa tempatan memujuk supaya lelaki berkenaan keluar daripada tempat persembunyian.
Terdahulu, dia pernah mencuba untuk membunuh diri
semata-mata tidak mahu menyusahkan keluarga kerana merasakan dirinya membawa
beban kepada keluarga yang memerlukan orang lain memberi perhatian.
Warga emas itu sebelum ini pernah menerima rawatan untuk kanser tetapi kecewa kerana tiada perubahan yang dirasai walaupun berusaha untuk kembali sihat. Dia kemudian nekad meneruskan usaha untuk menunggu ajalnya menjemputnya.
Tapi nasib baik ‘persediaan’ untuk mati itu terhalang apabila pihak berkuasa mengetahui perkara berkenaan dan mengarahkan dia keluar daripada tempat dia ‘menunggu’.
SELEPAS beberapa jam dipujuk akhirnya berjaya dikeluarkan sebelum dibawa ke hospital untuk rawatan susulan.
Malah selepas beberapa jam memujuk akhirnya warga emas itu akur dan berjaya dibawa ke hospital untuk diberikan rawatan.
Dia kini selamat dibawa pulang ke rumah anak lelaki di Beijing.
Sebelum ini, anak lelakinya berkata dia cuba memujuk bapanya untuk pulang ke rumah namun gagal. Lalu dia meninggalkan kawasan berkenaan untuk mencari makanan selepas bapanya mengadu lapar.
Rakaman video lelaki warga emas yang ‘berkampung’ di
lubang kubur itu menjadi tular dalam media sosial sehingga menerima kecaman
netizen.
Menerusi video yang dikongsikan kelihatan seorang
lelaki warga emas sedang duduk di dalam sebuah tiub yang diletakkan di bawah
lubang tanah yang digali.
Bagaimanapun usaha untuk membawa pulang bapanya akhirnya berjaya selepas dirawat di hospital dan lelaki warga emas itu berada dalam
keadaan stabil.
Semoga kejadian itu menjadi pengajaran kepada kita
semua supaya tidak terburu-buru untuk membuat keutusan dalam hidup.
Ingatlah apa yang kita lalui hari semuanya dengan izin-Nya,
jika belum tiba untuk kembali kepada-Nya lalui hidup ini dengan tenang. Jangan risau kita semua akan kembali ke ‘sana’ cuma masa belum tiba. - KitaReporters