KEHILANGAN ibu bapa sangat memberi kesan kepada kepada sesiapa sahaja di atas muka bumi ini kerana merekalah insan yang menjaga kita sejak dari lahir sehingga dewasa.

Lagi-lagi jika kita kehilangan mereka pada pandemik Covid-19 yang melanda sekarang di dunia ini. Ini kerana jika keluarga kita meninggalkan kita semua disebabkan Covid-19, tiada ahli keluarga yang dapat menguruskan jenazah ahli keluarga mereka buat kali terakhir.


Lagi cerita-cerita berkaitan kematian Covid-19


Tular sebuah video dalam TikTok baru-baru ini reaksi seorang anak kecik yang menjerit kesedihan memanggil ayahnya dari jauh ketika dikebumikan

Kanak-kanak ini dilihat sangat sedih dan tidak percaya akan kehilangan ayahnya yang tercinta. 

Dalam video tersebut sekumpulan petugas kesihatan yang lengkap memakai PPE sedang melakukan proses pengebumian di sebuah tanah perkuburan.

Apa yang lebih menyedihkan, kanak-kanak ini hanya mampu melihat dari jauh sahaja dan  menjerit memanggil 'ayah, ayah" berkali-kali.



Video ini telah dilihat ramai kerana kesedihannya atas kehilangan ayahnya yang tercinta. 

Ternyata ramai orang terlampau sedih tiap kali melihat kanak-kanak ini memanggil ayahnya. 

Bukan itu sahaja, ramai juga orang yang mendoakan adik ini supaya dia dan keluarga diberi kekuatan untuk menumpuh ujian. - KitaReporters




0
0
2
0
0

Copy Link: