SEBATANG buluh tajam serta sebilah pisau yang dirampas daripada pelaku sebagai bahan bukti. - Kredit foto: Sripoku.com


GARA-GARA sebatang pokok kelapa, seorang abang yang bernama Baharuddin, 50, menjadi mangsa pembunuhan akibat ditikam oleh adik kandungnya sendiri, MF, 35.

Si mati dilaporkan ditikam dengan sebatang buluh tajam selepas adiknya tidak berpuas hati terhadap mangsa kerana menebang pokok kelapa yang terletak berhampiran rumah ibu mereka itu tanpa kebenarannya pada 20 September 2021 lalu.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan pembunuhan

PELAKU iaitu adik kandung (baju oren), yang membunuh abangnya sendiri dengan sebatang buluh akibat tidak puas hati abangnya menebang sebatang pokok kelapa yang ditanamnya, telah ditangkap oleh polis pada 20 September 2021. - Kredit foto: Sripoku.com


Dalam peristiwa yang berlaku di Tegal Binangun, Lorong Langgar Kecamatan Plaju, Palembang sekitar pukul 6.30 petang, sebelum berlaku pembunuhan itu, kedua-dua beradik itu telah bertengkar tetapi pelaku tetap tidak berpuas hati kepada Baharuddin yang menebang pokok kelapa yang ditanamnya sejak pohon itu kecil lagi tanpa memberitahunya.

Semasa bertengkar di rumah ibunya itu, pelaku mengambil sebuah kerusi melontar ke arah Baharuddin menyebabkan mangsa terjatuh dan pengsan.

Laporan nenews.com pada 20 Spetember 2021 lalu dipetik sebagai melaporkan walaupun abangnya sudah tidak sedar diri tetapi pelaku masih tidak berpuas hati lagi dengan tindakannya itu.

Lalu si adik mengambil sebatang buluh tajam menikam beberapa kali pada peha Baharuddin sebelum abangnya meninggal dunia.


ANGGOTA polis membawa mayat mangsa yang mati akibat ditikam dengan sebatang buluh  tajam oleh adik kandungnya sendiri ke hospital untuk bedah siasat pada 20 September 2021. - Kredit foto: Tribunnews.com


Ketika kejadian itu, ibu mangsa yang bernama Romlah yang berada di rumahnya cuba meleraikan pergaduhan kedua-dua anak kandungnya tetapi Romlah juga mengalami luka kecil terkena batang buluh itu.

``Selepas Baharuddin terjatuh, adiknya (MF) berteriak `biarlah aku bunuh dia (abang) mak,’ sambil dia menikam buluh itu beberapa kali pada peha abangnya,’’ cerita Romlah ketika ditemui wartawan di rumahnya pada 20 September 2021.

Difahamkan, mangsa bertindak menebang pokok kelapa yang terletak berhampiran rumah ibunya kerana bimbang pokok itu akan tumbang terkena rumah memandangkan ketika ini di daerah itu sedang dilanda musim hujan serta ribut kencang.

Namun pelaku rasa tidak berpuas hati kerana pokok kelapa itu ditebang tanpa meminta izin terlebih dahulu dengannya.



Kredit foto: Tribunnews.com


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Plaju, Iptu Abul Wahad mengesahkan kejadian itu dan pihaknya telah menangkap pelaku selepas satu jam kejadian tersebut terjadi di kawasan yang tidak jauh dari lokasi kejadian.  

Beliau berkata, bersama pelaku itu polis telah merampas sebilah pisau dan sebatang buluh sebagai bukti kes tersebut.

``Jika disabitkan dengan kesalahan itu, pelaku berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun,’’ kata Abul Wahad. - KitaReporters


SI ADIK (baju oren) ditahan polis selepas sejam kejadian pembunuhan berlaku di Tegal Binangun, Lorong Langgar, Kecamatan Plaju. - Kredit foto: Sripoku.com

9
18
0
8
1

Copy Link: