DALAM hidup ini akan banyak godaan yang membuat manusia punyai keinginan yang sangat besar untuk dicapai termasuklah memiliki rumah yang luas, kereta mewah, barangan hiasan yang cantik. Itu belum lagi keperluan peribadi yang lain... ada sahaja keinginan yang mahu digapai, cuma yang jadi persoalannya mampu atau tidak saja. Kalau tak mampu, apa yang sanggup dibuat untuk dapatkan apa yang diimpikan?? KitaReporters

KANTOI...selepas pihak berkuasa berjaya mengesan perbuatan berkenaan dan kini dalam siasatan polis. Foto kredit Dailystar.


Keadaan sama berlaku kepada seorang ibu muda dari daerah Dagestan, Rusia yang sanggup menjual anak yang baharu dilahirkan di pasaran gelap semata-mata memenuhi kehendak hati

Alamak ...ada juga yang tergamak menjual darah daging sendiri demi kepentingan diri. Pasti juga timbul persoalan apakah yang diidamkan itu sehingga tergamak menjual darah daging sendiri.

Memetik DailyStar, Luiza Gadzhieva sanggup menjual menjual bayi perempuan yang berusia tujuh hari semata-mata mahu membeli sepasang kasut.

Namun perbuatan kejam ibu muda berusia 25 tahun itu berjaya dihentikan selepas seorang pegawai dari kumpulan hak asasi manusia, Alternativa dapat mengesan perbuatan berkenaan dan menyamar menjadi pembeli kepada anak tersebut.

Gadzhieva terdahulu membuat iklan di pasaran gelap menerusia laman sosial untuk menjual anak perempuan yang berusia tujuh hari. Malah dia nekad membawa si kecil itu ke sebuah kedai kopi untuk diserahkan kepada pembeli.

Ibu muda itu dengan selamba menerima wang sejumlah 3,000 pound (RM16,000) daripada pembeli berkenaan.

Allahu…demi kasut boleh pula ditukar dengan anak sendiri!

Malah pada awal pertemuan, pegawai yang menyamar itu juga cuba menasihatkan Gadzhieva kesan akibat penjualan anak sendiri, namun dia langsung tidak peduli kerana menyatakan hasil jualan berkenaan akan digunakan untuk membuat deposit membeli rumah.

Dahla jual darah daging pastu nak tipu pulakkk...manusia jenis apalah nih???

TERGAMAK menjual darah daging sendiri demi memenuhi keinginan hati.


Lebih menyedihkan sebaik sahaja menerima wang hasil jualan anak kecil itu ibu berkenaan terus mengeluarkan resit sebagai tanda jualan.

Alahai…manalah naluri keibuanmu?

Orang lain bersusah payah mencari rawatan untuk memiliki anak sendiri tapi dia pula tergamak menjual demi memenuhi keinginan hati.

Ibu muda itu akhirnya ditahan pihak berkuasa kerana terlibat pemerdagangan manusia dan kini masih dalam  siasatan pihak berkuasa. Bak kata pepatah sepandai-pandai tupai melompat akhirnya ke tanah jua... itulah juga yang berlaku si ibu muda berkenaan. - KitaReporters

4
0
5
0
0

Copy Link: