Berita Terkini| Neelofa sumbang katil di hospital bernilai RM100k! Kegunaan pesakit Covid-19!
Published bySELEBRITI dan usahawan terkenal, Neelofa, mengambil inisiatif membantu barisan hadapan Hospital Melaka dengan memberikan sumbangan berupa kelengkapan katil bernilai hampir RM100,000.
Sedekah
jariah itu merupakan sumbangan pertama yang diusahakan sendiri atas rasa
tanggungjawab serta prihatin terhadap peningkatan kes Covid-19 serta kekurangan
katil di hospital-hospital utama.
“Rasa terpanggil untuk beri bantuan terutama apabila melihat keadaan hospital yang semakin sesak kerana terpaksa menampung jumlah pesakit COVID-19 yang ramai.
“Jadi saya
memainkan peranan membantu komuniti dan rakyat Malaysia, sekali gus cuba untuk
menangani pandemik ini dan berharap dengan sumbangan yang kecil dan tidak
seberapa ini dapat melancarkan proses pemulihan pesakit-pesakit Covid-19,” katanya
menerusi kenyataan yang dipetik oleh Utusan
Malaysia pada Jumaat, 11 Jun 2021.
Dalam masa
sama, Neelofa juga merancang untuk memberikan sumbangan kepada beberapa lagi
hospital utama di seluruh Malaysia serta berharap sumbangan tersebut dapat
memberi kemudahan kepada barisan hadapan.
Katanya, Neelofa turut ingin membantu mereka yang terjejas akibat pandemik.
Justeru, dia menyarankan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Pertubuhan Kasih Neelofa menerusi media sosial rasmi. - KitaReporters
Lagi berita-berita terkini dalam KitaReporter