Syarikat insurans mungkir janji! Koperasi PDRM tampil bantu!
Published byKEGAGALAN seorang balu anggota polis mendapatkan tuntutan khairat kematian dari sebuah syarikat insurans yang disertainya tidak mematahkan semangatnya, sebaliknya berharap akan ada rezeki lain untuk ahli keluarganya. Che Zaini Che Chek, 57, dari Kampung Amer, dekat Jertih, Terengganu sedih kerana usahanya membuat permohonan menuntut bayaran khairat kematian untuk arwah suaminya tidak mendapat layanan dari syarikat insuran terbabit. : KitaReporters
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abd Rozak Mohammad menyampaikan replika cek kepada Che Zaini Che Chik
Lagi cerita-cerita dari Terengganu:
https://kitareporters.com/search?search=terengganu
Katanya, sebelum ini syarikat berkenaan yang menawarkan pelbagai faedah kepada pelanggan yang mengambil polisi insuran dijanji dengan pelbagai kemudahan termasuk khairat kematian.
Bagaimanapun, katanya, selepas seminggu kematian
arwah suaminya, Sarjan Mejar Yaacob Musa, beliau cuba membuat permohonan kepada
syarikat tersebut, tetapi tidak diberi layanan
sebaliknya menolak permohonan tanpa sebarang alasan.
“Mengikut polisi yang disertai dengan syarikat itu,
pihak berkenaan menawarkan pelbagai insentif termasuk bantuan khairat kematian
untuk suami atau isteri kepada ahli, tetapi ia tidak dilakukan,” katanya.
Che Zaini Che Chik menunjukkan replika cek yang diterimanya
Che Zaini yang kecewa dengan kejadian itu tidak menyangka ejen syarikat ketika membuat mempelawa menjadi ahli begitu manis mulutnya menyebabkan dia terpedaya dengan tawaran diberikan.
Bagaimanapun, katanya, memang betul rezeki Allah ada
di mana-mana sahaja apabila Koperasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang prihatin
dengan nasib malang beliau menyumbangkan bantuan kewangan.
Katanya, beliau terkejut apabila pihak koperasi
tersebut menghubunginya untuk hadir majlis penyampaian sumbangan kerana arwah
ketika berkhidmat dengan PDRM pernah menjadi ahli koperasi.
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abd Rozak Mohammad bergambar kenangan bersama pegawai polis dari IPD Besut dan penerima cek
“Saya tidak menyangka masih ada rezeki dan pihak koperasi ada menyediakan sumbangan khairat kematian kepada balu,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sempena Mesyuarat Agung Koperasi Polis Diraja Malaysia Cawangan Daerah Besut, pada Khamis, 23 Julai 2020.
Pada majlis itu Che Zaini menerima sumbangan khairat
kematian RM16,000 dari koperasi yang
disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Abd Rozak Mohammad.
Katanya, beliau bersyukur kerana ada pihak yang sudi
membantunya selepas kehilangan suami dan berjanji untuk menggunakan wang
tersebut untuk urusan pendidikan anak-anak.
Katanya, suaminya Yaacob meninggal dunia pada 5
Julai 2020 di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian, Kelantan
akibat kanser.
“Insya-Allah dengan adanya sumbangan ini dapatlah saya menyara lima anak yang masih kecil terutama membiayai urusan pendidikan,” katanya. - KitaReporters