Video| Niat di hati mahu gugur bayi! Pelajar perempuan berusia 16 tahun dirogol bomoh 3 kali!

Published by
KitaReporters

Kredit foto: Video Bungridlo’s Collection


NIAT di hati seorang pelajar perempuan berumur 16 tahun ialah untuk mengugurkan kandungan anak luar nikah. Namun ibarat nasibnya sudah jatuh ditimpa tangga apabila dia bukan sahaja gagal membuang bayi itu, sebaliknya bomoh yang merawatnya pula merogolnya sebanyak tiga kali pada minggu lalu. 

Dalam kejadian yang berlaku di Desa Wadasmalang, Kacamatan Karangsambung Kabumen, Jawa Tengah pada Sabtu 20  Mac 2021 lalu, gadis terbabit hadir bersama ibu bapanya ke rumah seorang bomoh yang berumur 44 tahun.

Ia bertujuan untuk mengugur kandungan bayi lima bulan itu daripada hasil hubungan anak luar nikah pelajar itu bersama teman lelakinya.


Lagi cerita-cerita jenayah berkaitan rogol

BOMOH terbabit ditahan oleh polis. - Kredit foto: Kompas.com 


Kedua-dua ibu bapa pelajar itu tinggal di Magelang, Jawa Tengah berbuat demikian untuk menutup malu keluarganya daripada pengetahuan orang ramai selain mengetahui bomoh terbabit seorang yang handal dan sebelum ini pernah beberapa kali berjaya mengugur kandungan anak luar nikah itu.

Namun nasib gadis itu amat malang kerana bayi yang dikandungnya tidak dapat digugurkan dan bomoh yang dianggap hebat merawat kandungan anak haram itu pula mengambil kesempatan untuk merogolnya tiga kali dalam masa dua hari berturut-turut.

Indozone.id, sebuah portal berita Indonesia, pada 25 Mac 2021 lalu dipetik berkata, kejadian itu bermula apabila kedua-dua ibu bapa pelajar terbabit berjumpa bomoh berkenaan bersetuju merawat kandungan itu dengan syarat gadis itu perlu tinggal bersama bomoh selama seminggu. 

Alasan yang diberikan oleh lelaki itu bahawa kandungan bayi sukar digugurkan dalam masa sehari atau dua hari kerana usia bayi yang dikandung itu sudah lima bulan menyebabkan kedua-dua ibu mangsa bersetuju meninggalkan anaknya bersama bomoh itu.


BOMOH itu ditahan oleh polis untuk siasatan selanjutnya baru-baru ini. - Kredit foto: Kompas.com 



Lapor Indozone.id, pada mulanya bomoh tersebut tidak lagi menunjukan sebarang kejahatannya untuk mencabul gadis itu sebaliknya dia merawat dengan menggunakan ayat-ayat jampinya pada tubuh mangsa. 

Namun perangai bomoh itu telah berubah pada hari keenam apabila lelaki itu mengajak mangsa masuk ke biliknya dengan alasan penyakitnya perlu dijampi di tempat tertutup lalu lelaki itu merogol mangsa dua kali.

Semasa kejadian itu, pelajar itu beberapa kali menangis kerana tidak mahu melakukan perbuatan terkutuk itu, namun bomoh itu memujuk mangsa dengan mengatakan persetubuhan itu perlu dilakukan supaya bayi yang ada pada mangsa cepat keluar dari kandungannya. 

Kejadian rogol tidak berakhir setakat hari itu sahaja sebaliknya mangsa dirogol sekali lagi pada keesokan hari sebelum lelaki durjana itu membenarkan gadis itu pulang ke rumahnya. 



Ketua Polis Kebumen, Arwansa berkata berikutan kejadian tersebut gadis malang telah membuat laporan polis selepas mangsa memceritakan tentang bomoh berkenaan kepada ibu bapa dan keluarga mangsa. 

Beliau berkata, pihak polis telah menangkap suspek terbabit dan dia akan didakwa di bawah Perlindungan Remaja Seksyen Pasal 81 Undang-Undang (UU) Republik Indonesia (RI) 17/2016. 

``Jika disabit dengan kesalahan itu suspek boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda maksimum Rp5 miliar (bilion) (RM1.4 juta),’’ katanya. - KitaReporters


 

1
0
7
1
0

Copy Link: