Perbalahan rumah tangga bawa maut! Isteri tunggang motor maut digilis lori! Suami arah langgar
Published byGambar hiasan. - Kredit foto: selangor.gov.my
PERTENGKARAN rumah tangga boleh membawa maut apabila kemarahan sukar dikawal. Pergeseran suami isteri di Padang, Pariaman, Sumatera Barat dilaporkan menjadi serius apabila si suami dipercayai berlaku curang di luar.
Peristiwa kemuncak terjadi pada 15 Mac 2021, apabila si suami dikenali sebagai HJ, 40, mengambil telefon bimbitnya dipercayai untuk berkomunikasi dengan kekasih gelapnya.
HJ lalu bergegas pergi menaiki sebuah lori yang dipandu rakannya dan mengarah terus memandu laju.
Lagi kisah-kisah sedih berkaitan pelanggaran:
https://kitareporters.com/search?search=langgar
Lori yang melanggar dan menggilis M ditahan oleh pihak polis. - Kredit foto: Kompas.com
Kredit foto: Kompas.com
Si isteri yang dikenali sebagai MKS, 38, yang marah akan tindakan HJ lalu menghidupkan motosikal kapcainya tanpa memakai topi keledar dan mengejar lori itu.
Motosikal yang ditunggang laju itu berjaya memintas lori itu dan mengarahnya berhenti.
HJ yang panik mengarahkan rakannya jangan berhenti sebaliknya mengarahkan si pemandu melanggar motosikal isterinya.
Si pemandu seperti terpukau akan arahan HJ terus melanggar motosikal MKS dan tubuh MKS yang tidak memakai topi keledar digilis menyebabkan nyawanya tidak dapat diselamat.
Menurut siasatan polis, HJ sempat turun dan melihat isterinya tidak bernyawa. Kerana panik HJ meminta pemandu segera berlalu.
Bagaimanapun HJ dan si pemandu berjaya ditahan tidak lama kemudian dan akan didakwa tidak lama lagi, kata Ketua Polis Daerah Lubuk Begalung, Harmon kepada Kompas.com. - KitaReporters