PIKUL SENJATA, GALAS KAMERA, PEGANG CANGKUL

Published by
KitaReporters
DULU pernah mengangkat senjata kemudian menggalas kamera tetapi kini memegang cangkul, itulah roda-roda kehidupan yang dilalui dan semuanya demi untuk sesuap nasi bagi menyara hidup keluarga. Begitulah perjalanan hidup bekas seorang pegawai tentera yang beralih kerjaya sebagai wartawan dan akhir sekali memilih untuk menjadi petani moden. : KitaReporters 

Mohd Taha menunjukkan nanas yang ditanam dikebunya mengeluarkan hasil


Mohd Taha Yaakob, 50, dari Kampung Tok Has, Jertih tidak menyesal meninggalkan kerjaya yang pernah meletakkan namanya tersohor dan dikenali masyarakat terutama sebagai wartawan.

Kini dia menjadi petani moden yang berjaya dengan menanam pokok nanas apabila usahanya membuahkan hasil dan memberi pendapatan lumayan. 

Bekas wartawan Sinar Harian Terengganu itu mengambil keputusan untuk bersara menjadi wartawan pertengahan 2019 kerana ingin menyertai sektor pertanian. 

Mohd Taha Yaakob bekas wartawan Sinar Harian kini menjadi petani moden


Beliau memulakan langkah awal dengan menanam nanas MD2 (Ananas Comosus) secara berperingkat-peringkat di kawasan tanah miliknya seluas empat hektar sejak mula berhenti menjadi wartawan.

"Alhamdulillah, nanas MD2 ini sudah masak beberapa minggu lalu dan saya mula menjualnya kepada rakan-rakan yang menempahnya," katanya. 

Bermula dengan modal sebanyak RM30,000 untuk membersih tapak tanah dan menanam 51,000 benih nanas MD2 di kawasan seluas 3.5 hektar dan selebihnya dua hektar lagi dengan tanaman pisang. 

Isteri Mohd Taha, Ramlah Mamat membantu memetik nanas di kebun milik mereka.


Mohd Taha berkata, walaupun mengusahakan kebun nanas ini agak penat kerana dia terpaksa memberi lebih tumpuan tetapi beliau merasa puas dengan pekerjaan barunya itu. 

"Setiap hari saya ke kebun ini dari pagi sampai petang dan pulang sekejap pada waktu zohor dan asar. Adakala pada waktu malam saya datang menjengok bimbang ada musuh tanaman," katanya. 

Mohd Taha dibantu oleh isteri Ramlah Mamat, 45, dan anak lelakinya Mohd Hafiz, 22, dalam mengusahakan tanaman yang semakin popular itu. 

Jus nanas tanpa sebarang perisa mendapat sambutan penduduk tempatan


Beliau beruntung kerana projek tanaman itu mendapat sokongan dan kerjasama Jabatan Pertanian Terengganu yang sentiasa memantau dan memberi bimbingan untuk menjayakan tanaman berkenaan. 

Katanya, hasil jualan nanas amat menggalakkan apabila ramai pembeli terutama rakan-rakan kenalan datang sendiri ke kebun untuk mendapatkan buah yang segar dari pokok. 

Biskut Tart Nanas MD2 hasil usaha isteri Mohd Taha dipasarkan sekitar daerah Besut


Malah, katanya, ketika ini beliau tidak dapat mememenuhi permintaan orang ramai kerana hasil nanas masak secara berperingkat-peringkat. 

Selain jualan terus dari kebun, Mohd Taha juga membuka gerai jualan air nanas di hadapan Balai Polis Jertih untuk memberi peluang orang ramai menikmati air jus nanas yang manis tanpa perasa lain. 

"Isteri dan anak mengurus jualan di gerai berkenaan, manakala saya sendiri terpaksa menjaga kebun,” katanya. - KitaReporters

Ramlah menjual jus nanas MD2 yang pertama dijual di Terengganu

 

 

 

 

 

 

 

21
6
1
1
0

Copy Link: