Dilip Kumar adalah Kohinoor (Raja Berlian) menyinari Bollywood! Legasinya seumpama Taj Mahal!

Published by
KitaReporters

Selamat tinggal kawan... Penghormatan terakhir daripada Sharmila Tagore.


DILIP Kumar (Muhammad Yusof Khan) ibaratkan Kohinoor @ Raja Berlian dunia Bollywood. Dia arkitek pembentukan industri filem India dan seorang legenda yang perlu menjadi teladan kepada generasi perfileman sekarang untuk menimba ilmu menjaga periuk nasi pekerja dan pelakon menjadi `satu keluarga` besar.

Pelakon veteran Sharmila Tagore berkata ketika dia mula terbabit dalam industri itu ada tiga bintang utama iaitu Raj Kapoor, Dev Anand dan Dilip Kumar. 

Ketika Raj Kapoor dan Dev Ananad mengarah dan menerbitkan filem, Dilip Kumar yang dipanggil oleh Sharmila sebagai Yusuf Sahab, juga tidak mahu ketinggalan menjadi peneraju utama dalam dunia berkenaan.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan Dilip Kumar

Dilip Kumar's Dastaan Co-Star Sharmila Tagore Recalls Their First Meeting In The Sixties

Dilip Kumar dan Shamila Tagore dalam filem Dastaan. - Kredit gambar: cine_rocks


"Yusof Sahab (Dilip Kumar) adalah pelakon yang komited. Semua orang dalam industri bercakap mengenai dedikasinya yang luar biasa dan faham sangat cara dia bekerja. Serius sangat orangnya daripada skrip sehingga watak dibawanya supaya benar-benar `hidup`.  

"Sikap penyayangnya terbukti bila suami saya meninggal dunia, dia menghantar nota puitis yang sangat indah. Saya terkesan dengan tulisannya," katanya dalam wawancara dengan The Indian Express.



Sharmila yang juga ibu pelakon Saif Ali Khan berkata, dalam industri masa itu, semua orang bersatu padu dalam menyelesaikan isu membabitkan semua pihak. Selalunya mereka akan meminta Dilip Kumar dan Raj Kapoor menjadi ketua dan bertemu di rumahnya. 

Dia sangat ikhlas sebagai tuan rumah dan mengambil berat kebajikan pelakon dan pekerja filem.

"Dilip Kumar juga agak reklusif (penyendiri). Jarang dapat lihat dia berpesta. Bila kami ke rumahnya yang hiasannya sangat cantik dan ada beranda yang selesa, semua orang lepak di sana. Sangat tersentuh melihat layanan setia Saira Banu sepanjang dia dirawat. Dilip Kumar adalah Kohinoor (Raja Berlian) di Bollywood


Kredit foto: FB Dilip Kumar


(Berlian Kohinoor atau Koh-i-Noor dikatakan berlian paling mahal dalam dunia dan ditemui di Sungai Ganges, didakwa hadiah daripada tuhan agama Hindu yang kemudian diambil oleh Raja England untuk diletakkan di mahkota. Sebelum ini berlian itu dipamerkan di menara London.)

"Dilip Kumar bukan saja dianggap macam dewa dalam industri tetapi insan budiman. Legasi magiknya akan hidup selama-lamanya." katanya.

Sharmila berkata, aktor itu mempunyai teknik lakonan serba boleh dan malar segar sepanjang masa. Kemahirannya berbahasa Urdu dengan gaya dailog yang unik, tidak ada seorang pun tidak boleh meniru. 

Malah ada yang anggap dia boleh `tundukkan` orang dengan kelunakan suara yang memikat. Dia memliki kerjaya yang hebat dan terjamin lebih 50 tahun.


Kredit foto: FB Dilip Kumar


Doktor Hospital PD Hinduja dalam petikan Peeping Moon berkata, selepas diumumkan kematian suaminya, Saira Banu meratap sayu sambil berkata tuhan telah mengambil keinginannya untuk terus hidup.

Saira Banu jatuh cinta pada Dilip Kumar ketika usia 12 tahun dan mereka berkahwin pada umurnya 22 tahun pada 11 Oktober 1966. 

Dia kekal setia walaupun suaminya pernah berkahwin lain dan mereka tidak ada anak. Mereka hidup bersama selama 55 tahun sehingga lelaki itu menghembuskan nafasnya 7 Jun 2021.


Mumtaz dan Dilip Kumar dalam filem Ram Aur Shyam 1967.


Mumtaz pula menyifatkan legasi Dilip Kumar seumpama Taj Mahal. Tidak akan pudar selama-lamanya dan seorang pelakon luar biasa, berkarisma dan serba boleh.


Berlakon sekali saja dalam filem Shakti.


Amitabh Bachchan dalam Twitternya berkata sejarah sinema India akan ditulis sebelum dan selepas Dilip Kumar. Kematiannya seperti layar filem kisah epik sudah dilabuhkan dan dia amat sedih dengan pemergian pelakon itu.

Mereka pernah bergandingan dengan Amitabh menjadi anak Dilip Kumar dalam filem Shakti, arahan Ramesh Sippy ditayangkan pada 1982. Menjadikan filem itu yang pertama dan terakhir lakonan mereka. 

Dalam satu temu ramah pada 1982, Amitabh merujuk Dilip Kumar sebagai idola yang kemudian disambut oleh lelaki itu pujian `sangat manis`.

Antara pelakon yang menziarahi kematian adalah Shah Rukh Khan, Dharmendra, Anil Kapoor dan Karan Johar menyampaikan simpati mereka pada Saira Banu.


SRK (tengah) ketika tiba di rumah Allahyarham Dilip Kumar



Pasukan bola sepak India turut menyampaikan takziah. 

Dilip Kumar, 98, disemadikan di Juhu, Qabrastan. - KitaReporters


0
0
0
0
0

Copy Link: