Seramnya! Majlis perkahwinan di rumah mayat! Tempat jatuh cinta! Kedua-duanya petugas rumah mayat!
Published byKredit foto-foto: eva.vn
LAZIMNYA majlis persandingan diadakan di rumah pengantin perempuan atau pun dewan bagi memuatkan tetamu yang hadir selesa.
Diraikan dengan meriah selain dihadiri ahli keluarga dan sahabat handai dalam suasana meriah sebagai merestui ikatan cinta yang dibina.
Namun di Yangon, Myanmar sepasang pengantin baharu memilih rumah mayat sebagai lokasi mereka disatukan.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan perkahwinan
Aneh kan? Tapi itulah yang berlaku kepada pasangan, Maung Zin Phyo Aung dan isterinya, Ma Htet Htet Htwe yang secara ikhlas menjadi rumah mayat sebagai lokasi cinta mereka disatukan.
Berkongsi cerita, Maung berkata, mereka memilih rumah mayat disebabkan kedua-duanya jatuh cinta di tempat istimewa tersebut kerana kedua-dua merupakan petugas di rumat mayat berkenaan.
Walaupun pemilihan lokasi perkahwinan mereka luar biasa, namun ia memberi keistimewaan kepada pasangan berkenaan, kerana rumah mayat berkenaan adalah saksi sebenar mereka jatuh cinta.
“Saya tidak kisah orang ramai memandang pelik kerana pemilihan tempat ini untuk kami bersatu, tetapi sinilah cinta kami berputih sehingga membuat keputusan untuk berkahwin,” katanya yang bertugas sebagai pegawai di rumah mayat di bandar Yangon.
Kredit foto-foto: eva.vn
Menariknya pada hari istimewa tersebut, pasangan berkenaan sempat ‘bertugas’ sambil menjelaskan, isterinya juga adalah petugas di rumah mayat berkenaan.
Turut kelihatan pasangan berkenaan yang masih busana pengantin sanggup mengangkat mayat di dalam keranda untuk diuruskan di rumah mayat berkenaan.
Kongsi selepas upacara majlis persandingan berkenaan, tanpa disangka mereka menemukan seorang lelaki warga emas yang meninggal dunia di tepi jalan.
Tanpa memikiran panjang, kedua-dua pasangan pengantin itu segera menghubungi rumah pengebumian untuk membawa keranda ambulans bagi membawa mayat lelaki gelandangan yang dikenali Daw Tin.
Walaupun mereka masih memakai pakaian perkahwinan tradisional berwarna kuning, pasangan itu kelihatan bersemangat untuk membantu membawa mayat lelaki tua itu ke rumah pengebumian.
Biarpun baharu bergelar suami isteri pada hari istimewa namun tidak menghalang mereka mengurus mayat seorang gelandangan.
“Saya tidak menganggap penemuan mayat dalam keadaan masih memakai busana perkahwinan sebagai petanda yang baik atau sebaliknya. Kami hanya melakukan tugas kami sebagai pekerja rumah mayat dan kami berbangga dengan pekerjaan kami,” kata Ma.
Selamat pengantin baru pasangan dua sejoli, semoga terus bahagia melayari bahtera rumah tangga! - KitaReporters
Kredit foto-foto: eva.vn