Terbaiklah IKBN Pekan! 30 pelajar sertai gotong-royong di Lepar, Pekan! Usaha khidmat masyarakat
Published byPelajar IKBN Pekan menyertai program gotong-royong yang diadakan di Batu Lapan, Lepar, Pekan, Pahang pada 28 November 2021.
SERAMAI 30 pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pekan menyertai Gotong-royong Perdana di Batu Lapan Lepar, Pekan, Pahang mulai jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang pada 28 November 2021 lalu.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan gotong-royong
Katanya, kesemua mereka adalah peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda atau lebih dikenali dengan ARPRM.
Manakala pembabitan mereka dalam program ini adalah membabitkan komponen khidmat masyarakat yang membolehkan mereka ditauliahkan nanti sekiranya melengkapkan komponen-kompenan lain antaranya komponen kemahiran, rekreasi fizikal dan penjelajahan lasak .
“Mereka yang memenuhi keempat-empat komponen ini pula layak dianugerahkan dengan Pingat Emas, Perak dan Gangsa nanti,” ujarnya lagi.
Pelajar membersihkan kawasan sekitar yang ditumbuhi dengan rumput akibat tidak terurus kerana penutupan semasa COVID-19.
Walaupun penyertaan mereka ini dilihat sebagai pelengkap untuk ARPRM namun di sebalik itu penyertaan mereka diharap dapat membantu masyarakat setempat terutamanya.
Mohamad Afiq Ahmad Sayuti, 21, yang menyertai operasi pembersihan, mengemas dan mengecat bangunan perpustakaan dan dewan di kawasan itu berharap dapat memberi keselesaan kepada pelajar dan mereka yang menggunakan kedua-dua bangunan itu.
Manakala Mohammad Aiman Abdullah, 22, pula yakin dengan penglibatan mereka ini akan membantu membaik pulih bangunan-bangunan dan persekitaran kawasan itu yang tidak digunakan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat COVID-19.
Mohamad Afiq Ahmad Sayuti, 21.
Moga penyertaan mereka ini bukan sahaja dilihat sebagai memenuhi program ARPRM tetapi lebih kepada merapatkan lagi hubungan dengan masyarakat setempat. - KitaReporters
Perpustakaan terpaksa dikemas semula.