Tanya berapa tinggi awak? 2 remaja maut ditembak remaja lain
Published byDISEBABKAN tidak puas hati dengan pertanyaan "berapa tinggi awak?", dua remaja Chicago ditembak mati oleh seorang remaja di sebuah kedai di bandar itu, baru-baru ini. Memetik laporan abc7chicago.com, dalam kejadian di Blok 7900, South Luella Avenue di Chicago itu, remaja Laroy Battle melepaskan tembakan ke arah dua remaja yang mengagumi dirinya. : KitaReporters
PASUKAN Polis Chicago membuat kawalan selepas kejadian tembakan di sebuah kedai di bandar itu, baru-baru ini. - Kredit foto: abcnews.com
Terdahulu, Battle didatangi dua remaja berkenaan ketika berada di luar sebuah kedai dan bertanyakan mengenai ketinggiannya selepas teruja berikutan tidak pernah melihat ketinggian yang luar biasa dimiliki remaja berusia 19 tahun berkenaan.
Mungkin tidak puas hati dengan pertanyaan berkenaan, Battle kemudian melepaskan tembakan ke arah Jesean Francias, 17, dan Charles Riley, 16, berikutan pertanyaan "maut" tersebut.
Kedua-dua remaja berkenaan langsung tidak mengenali Battle, namun mengakui kagum dengan ketinggian Battle yang mencecah 190 sentimeter.
LAROY Battle mempunyai ketinggian yang luar biasa menyebabkan dua remaja teruja sebelum bertanyakan ketinggian tersebut. - Dailymail.co.
Mangsa pertama, Charles Riley, 16.
Mangsa kedua, Jesean Francias, 17.
Malah, seorang daripada remaja yang menjadi mangsa itu memberitahu dia berharap untuk menjadi tinggi seperti Battle kerana menyimpan hasrat menjadi pemain bola keranjang, suatu hari nanti.
Alamak!!!tanya pun salah ke???
Battle kini ditahan pihak berkuasa dan berdepan dengan dakwaan membunuh remaja-remaja tersebut.
Wakil Ketua Detektif, Brendan Deenihan yang mengendalikan kes berkenaan berkata, suspek kini berhadapan dua pertuduhan membunuh dan memiliki barang terkawal.
Dalam kejadian tembakan berkenaan Francias ditembak pada bahagian belakang, manakala rakannya Riley meninggal dunia akibat kecederaan teruk kerana ditembak di belakang dan pada kaki kiri. - KitaReporters