Video| Lelaki Afrika terhebat! Punya 16 isteri, 100 anak, 114 cucu! Tinggal sekampung! Hidup harmoni!

Published by
KitaReporters

.


Berkahwin banyak tidak perlu menjadi kaya raya. Golongan berpendapatan sederhana dan punya harta sedikit masih boleh berkahwin banyak dan punya keluarga yang ramai. Apa yang penting ialah kemampuan mengurus keluarga.

Ia dibuktikan seorang lelaki Tanzania yang kisahnya kini menjadi perhatian masyarakat global. Mzee Ernesto Muinuchi Kapinga terlibat dalam perkahwinan poligami setelah mengikut permintaan ayahnya.

Menurut laman berita Oddity Central,  Kapinga, yang sudah menginjak usia 80-an kini mempunyai 16 orang isteri, 100 anak dan 144 cucu.
Setiap isteri tinggal di rumah berasingan atas sebidang tanah yang menjadi seperti perkampungan mini di kampung terpencil di Njombe, Tanzania.

Setiap isteri tinggal bersama anak masing-masing. Sementara anak yang sudah berkahwin tinggal di rumah berdekatan dengan rumah si ibu.


Kapinga bersama sebahagian isteri dan anak-anaknya

Kapinga mempunyai cara pengurusan keluarga tersendiri bagi memastikan keadilan untuk semua. Dia ‘bersama’ dengan isteri secara bergilir dan anak-anak dan cucu-cucu diminta bermain bersama di kawasan tanah lapang di perkampungan mini mereka.

Ia membuat tiada perasaan iri hati dalam kalangan isteri dan anak-anak serta cucu-cucunya.

Bagi keperluan hidup keluarga. para isteri dan anak-anak yang sudah dewasa bertani dan berternak secara bersama. Mereka menanam jagung, kacang, ubi kayu dan pisang. Juga menternak ayam itik, lembu dan kambing.

 Jika ada lebihan hasil pertanian dan ternakan akan dijual bagi membolehkan mereka mendapat wang tunai. 



Kapinga mula berkahwin pada 1961 dan mempunyai anak pertama setahun kemudian. 

Ayahnya mengalakkan Kapinga berkahwin banyak agar memperoleh zuriat yang banyak. Lalu si ayah membiayai mas kahwin dan barang hantaran untuk lima isteri selepas itu. 

Kapinga pernah mempunyai 20 isteri dalam satu masa dengan beberapa sudah meninggal dunia. Kini dia cuma ada 16 isteri dengan 7 daripadanya mempunyai hubungan saudara satu sama lain.

Beberapa anaknya turut meninggal awal dan Kapinga kini bangga mencatat rekod sebagai lelaki Afrika yang mempunyai paling banyak isteri pada satu-satu masa.

Dalam usia yang sudah lanjut dia berharap para isteri, nak-anak dan cucu-cucu akan hidup rukun damai setelah kematiannya. Dia juga berharap akan memiliki beberapa cicit sebelum mengadap Tuhan. - KitaReporters

12
10
0
14
0

Copy Link: