Video| Wow hebat! Perkahwinan antara datuk, 80, dan cucu, 18! Beza usia 62 tahun! Tiada paksaan!
Published byBanyak berlaku perkahwinan membabitkan lelaki tua dengan wanita muda di Indonesia dan juga di negara lain. Kebiasaannya si lelaki berusia antara 60 tahun hingga 75 tahun.
Namun perkahwinan yang satu ini dianggap berlainan di Indonesia. Ini kerana perkahwinan ini melibatkan lelaki lanjut usia yang sudah berusia 80 tahun dengan gadis yang baru berusia 18 tahun.
Perkahwinan antara Haji Abdul Aziz, 80, dengan Ayu Wulandira,18, berlangsung di Tegalgobug, Kabupaten Cirebon, Jawa Barat pada Rabu, 18 Mei 2024.
Namun perkahwinan bagai antara datuk dan cucu ini tular baru-baru ini setelah cerita dan gambar serta video dimuat baik oleh TikTok @muzaha ibh.
Difahamkan Abdul Aziz adalah golongan berada. Namun tidak dinyatakan sama ada dia seorang duda atau masih mempunyai isteri lain. Juga tidak dinyatakan dia sudah mempunyai berapa orang anak, cucu dan cicit.
Ini berdasarkan jumlah hantaran dan barangan yang diberikan bernilai lebih kurang Rp300 ribu (kira-kira RM100 ribu).
Dia memberi mas kahwin sebanyak Rp50 juta (kira-kira RM15 ribu), tiga ekor lembu bernilai Rp200 juta (kira-kira RM60 ribu), sebuah motosikal Honda Scoopy bernilai sekitar RM20 juta (kira-kira RM6 ribu).
Kerana faktor usia, Abdul Aziz terpaksa melafazkan akad beberapa kali di hadapan Tok Kadi (Tok Penghulu), bapa pengantin perempuan dan saksi. Dan hadirin bertepuk tangan setelah akad selesai.
Ramai netizen yang mengucap tahniah atas perkahwinan ini dan membuktikan perbezaan usia bukan penghalang.