Video| Kecacatan bukan alasan! 5 pemuda cacat penglihatan solat berjemaah! Berpimpin tangan masuk ke masjid!

Published by
KitaReporters


SOLAT fardu wajib kepada setiap umat Islam yang waras. Jika ditunaikan secara berjemaah, 27 kali lebih pahala daripada menunaikan secara individu dan tempat solat paling afdal adalah masjid bagi lelaki manakala wanita pula di rumah.

Walaupun meninggalkan solat secara sengaja termasuk dalam dosa-dosa besar, namun berapa ramai dalam kalangan kita benar-benar menjaga sembahyang fardu atau bersolat pada awal waktu.

Perkongsian video menerusi TikTok  @johnwickmalaysia tentang lima pemuda cacat penglihatan berpimpingan tangan menuju ke ruangan solat di sebuah masjid dengan dibantu para jemaah lain menarik perhatian netizen. 


 Lagi cerita-cerita menarik berkaitan cacat penglihatan



 “5 orang pemuda buta ni selalu sampai awal untuk solat 5 waktu berjemaah di Masjid Al-Ghufran,TTDI... solat kita cukup tak sehari?” tulisnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen bukan sekadar kagum tetapi video berkenaan turut menerbitkan sinar keinsafan dalam hati mereka. "Nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan!" (Ar-Rahman: 13)



Ketika zaman Rasulullah SAW, Baginda mengarahkan Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan).

Solat tiang agama! Semoga kita semua sentiasa istiqamah untuk menjaga sembahyang fardu lima kali sehari semalam. - KitaReporters


8
16
1
15
0

Copy Link: