Alamak! Apa dah jadi Ditipu aplikasi Waze? Pemuda sesat lebih 11 jam! Pulang dari Kelantan ke Sepang!

Published by
KitaReporters


RAMAI antara kita yang sudah terkena semasa menggunakan aplikasi Waze dan dihantar ke lokasi yang menyeramkan seperti kawasan kubur, laluan sama di dalam hutan dan pelbagai lagi sehingga menyebabkan mereka yang menggunakan Waze ini berasa cemas kerana tidak menemui lokasi yang ingin dituju.

Nampaknya sistem ini kadangkala mempunyai masalah teknikal yang menyebabkan penggunanya sesat dan dituju ke lokasi lain seperti dalam sebuah perkongsian video yang tular dalam media sosial baru-baru ini.


Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kejadian-kejadian sesat


Tular sebuah video kisah seorang penunggang motosikal yang dikenali sebagai ‘Wan’ mahu pulang ke Sepang dari Bukit Bunga, Kelantan. Bagaimanapun Waze telah membawanya ke beberapa laluan yang tidak pernah dilaluinya.

Dari kisahnya, laluan yang dilalui ini sangat pelik kerana tidak pernah langsung dilalui iaitu dari Raub ke Bukit Fraser, kemudian menembusi Hulu Selangor. Namun seorang pengguna Tiktok yang berkongsi kisah pemuda ini telah menerima live location daripada pemuda ini untuk ke sana untuk diselamatkan.

“Alhamdulilah kita terus bergerak ke lokasi dia berikan. Dia masuk jalan kecil berliku gelap. Syukur dapat selisihnya dengan dia. tengok raut muka Wan, dia rasa bersyukur sangat-sangat,”  kata @markpik86.

Pemuda ini telah berkongsi bahawa dia telah bertolak dari Bukit Bunga pada jam 3 petang dan berada di atas motosikal kira-kira 11 jam, dan perjalanan sepatutnya adalah 5 jam sahaja.



Menurut netizen, mereka juga pernah ‘terkena’ perkara yang sama. 

Mereka dibawa ke laluan yang tidak pernah dilalui kemudian sampai di tempat yang kurang menyenangkan seperti tanah perkuburan, kawasan perumah terbiar atau di tepi hutan. 

Bukan itu sahaja, ada juga netizen yang mencadangkan agar menggunakan Google Maps berbanding Waze sekiranya mahu menggunakan aplikasi penunjuk arah pada waktu malam kerana data laluannya lebih baik. 



Netizen juga berkongsi untuk membuat tetapan ikon pada Waze menggunakan kereta walaupun pengguna menunggang motosikal kerana aplikasi itu akan memberi petunjuk arah jalan terpintas yang boleh dilalui oleh motosikal seperti kawasan berhutan dan laluan kecil. 

Sementara itu, orang ramai turut mencadangkan untuk membaca ayat-ayat suci Al-Quran dan doa sebelum memulakan perjalan atau ketika sesat supaya dipermudahkan urusan untuk sampai ke destinasi yang hendak dituju. - KitaReporters


12
18
0
11
0

Copy Link: