Video| Isteri mati ditikam suami! Gara-gara tegur sikap! Ketagih layan media sosial, malas bekerja!
Published bySEORANG wanita ditemukan mati dalam keadaan menyayat hati apabila anggota usus perutnya tersembur keluar akibat perbuatan keji suaminya sendiri.
Dalam kejadian pada 21 September 2022 lalu, seorang lelaki yang dikenali sebagai Sarofudin bertindak menikam isterinya sendiri sehingga meninggal dunia sebelum menyembunyikan mayat isterinya, Dwi Aprilia Ningsih di dalam bilik tidurnya dalam keadaan berlumuran darah di kediaman mereka di Desa Tanah Baya, Pemalang, Indonesia, selepas kesal dengan perbuatannya.
Lagi kisah-kisah jenayah berkaitan perbuatan membunuh
Memetik portal panturapost.com, jiran yang mendengar pertengkaran berkenaan menyedari ada sesuatu yang tidak kena dalam pergelutan suami isteri menyebabkan mereka nekad menghubungi polis bagi meminta bantuan untuk meleraikan perbalahan berkenaan.
Bagaimanapun, ketika pasukan polis tiba di kediaman berkenaan mendapati keadaan rumah sunyi sepi namun menyedari ada titisan darah memenuhi kawasan rumah pasangan berkenaan.
Pasukan polis kemudian terus memeriksa menyeluruh kawasan kediaman berkenaan dan menemukan mayat ibu beranak dua itu dalam keadaan mengerikan di atas tilam di dalam bilik tidur mereka.
Manakala Sarofudin pula berada dalam ketakutan dan bersembunyi di dalam kolah mandi bersendirian dalam keadaan gelap.
Pergaduhan berkenaan dipercayai berlaku selepas isterinya yang berusia 22 tahun menegur sikap suaminya yang tidak bekerja dan sering menghabiskan masa dengan media sosial sehingga menyebabkan mereka berdepan masalah kewangan.
Berang dengan amukan si isteri, Sarofudin terus mengamuk lalu menendang isterinya sebelum menuju ke dapur dan mencapai sebilah pisau.
ketika disoal siasat polis, Sarofudin memberitahu isterinya sempat membela diri dengan menendang semula ke arah dirinya.
Katanya terlalu geram diperlakukan oleh isteri, dia kemudian terus bertindak ganas dengan menikam isterinya sebanyak empat kali menyebabkan isterinya menjerit meminta tolong.
Pergelutan pasangan suami isteri menyebabkan jiran tetangga terganggu dan bertindak menghubungi pihak berkuasa bagi meminta pertolongan untuk meleraikan pergaduhan berkenaan.
Jenazah mangsa dibawa ke hospital untuk siasatan lanjut sebelum dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.
Sementara itu, Ketua Polis Randudongkal, Iptu Trino memaklumkan suspek berkenaan yang berusia 23 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.
Semoga kejadian ini menjadi pengajaran kepada semua dan tidak lagi berulang lagi khususnya melibatkan kekerasan dalam rumah tangga sehingga mengorbankan nyawa. - KitaReporters