RM25j untuk bantu golong terpesong! MAIS sediakan program bantu asnaf riqab kembali ke jalan benar!
Published byUntuk memastikan umat Islam yang pernah terpesong akidahnya dan kembali ke pangkal jalan, Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) akan memainkan peranan tersebut.
Mungkin ia sukar namun tidak mustahil, oleh itu sebanyak RM25 juta daripada peruntukan zakat asnaf riqab bagi tahun 2023 akan digunakan oleh MAIS untuk memastikan perancangan pemulihan golongan ini terjadi dan berkesan.
Menurut Pengerusi MAIS Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, agihan tersebut akan digunakan sebaik mungkin seperti perlindungan, rawatan, pencegahan dan pelbagai bantuan lain supaya mereka kembali ke pangkal jalan.
"Asnaf riqab merujuk kepada seseorang yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah seperti penagihan dadah, sumbang mahram, persetubuhan haram dan terpesong agama.
“MAIS telah menyantuni seramai 2,205 asnaf riqab melalui bimbingan 143 guru yang dilantik untuk memastikan mereka kembali ke jalan benar dan diredai serta mendapat pendidikan agama yang sebenarnya,” katanya.
MAIS juga akan sediakan pelbagai aktiviti seperti forum, program bimbingan, ceramah kesedaran kesihatan dan pelbagai lagi.
Pujian perlu diberikan kepada mereka yang terlibat dalam usaha ingin kembalikan mereka yang tersilap jalan ke landasan tepat ini.
Umat Islam yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berhubung aktiviti kempen tersebut boleh merujuk media sosial MAIS dan laman web www.mais.gov.my. - KitaReporters