Gara-gara hidu cili pedas, wanita berdepan detik kritikal! Lalui koma! Disahkan alami bengkak otak!
Published byPENGAMBILAN cili berlebihan dalam makanan dianggap tidak sesuai kerana berisiko membahayakan kesihatan.
Namun sangat mengejutkan yang berlaku kepada wanita dari Brazil ini yang mengalami masalah kritikal bukan kerana mengambil cili berlebihan tetapi kesan daripada menghidu bau cili yang pedas.
Memetik nypost.com, wanita yang dikenali Thais Medeiros terpaksa dikejarkan ke hospital selepas terhidu bau cili ketika berada di dapur di rumahnya di Anapolis, Tengah Brazil.
Dalam kejadian yang berlaku Februari 2023, wanita berusia 25 tahun itu dikatakan sedang membantu teman lelaki untuk menyediakan hidangan makan malam kepada orang tuanya di rumah mereka
Lebih melucukan ibu muda yang memiliki seorang anak perempuan itu bukan sahaja menghidu cili berkenaan tetapi menyapu pada hidung, cili yang popular di rantau ini yang mempunyai tahap kepedasan yang melampau.
Sebaik sahaja menghidu cili yang dimasak oleh teman lelaki wanita tersebut terus merasai gatal tekak sebelum pitam lalu menyebabkan dia dikejarkan ke hospital.
Malah sepanjang dirawat, Medeiros dilaporkan koma dan
dirawat sebelum dipindahkan ke hospital di kampung halamannya di Goiania.
Bagaimanapun selepas beberapa bulan dirawat di hospital pasukan doktor mengesahkan Medeiros mengalami bengkak otak yang dikenali sebagai edema, disebabkan pengumpulan cecair di dalam otak dan ia berpunca daripada tindak balas alahan terhadap cili berkenaan.
Ia juga boleh berisiko kepada kecederaan otak traumatik, strok, aneurisme, tumor, jangkitan, atau sawan.
Kini meskipun berlalu selama tujuh bulan namun wanita itu masih ‘berkampung’ di hospital dan tidak sihat sepenuhnya.
Terbaharu, hanya beberapa hari keluar daripada hospital, Medeiros kembali dikejarkan semula ke 'rumah keduanya' akibat mengalami demam panas dan kencing berdarah.
Situasi yang berlaku kepadanya menyebabkan pasukan doktor bimbang ibu muda itu tidak dapat meneruskan kerja harian serta aktiviti lain kerana kekurangan oksigen akibat masalah sarafnya kesan daripada masalah kesihatan yang dialami.
Siapa sangka niatnya untuk suka-suka merasai cili pedas yang sedang tular di negaranya bertukar menjadi tragedi hitam dalam hidupnya yang membuatkan dirinya merana dalam tempoh yang lama.
Maka hati-hati ketika mengambil makanan, jangan fikir mudah sebaliknya meninggalkan kesan yang penuh duka terutama kepada keluarga yang tersayang.
Semoga Thais Medeiros terus kuat dan kembali sembuh dan mampu menjalani kehidupan seperti sedia kala. - KitaReporters