Opah Ngomel| Nasib Fattah Amin macam Johnny Depp! Mula dikecam, dibenci! Kini kian dipuja, disayangi!
Published byKINI kita baru sedarkan, dalam hidup berumah tangga sering berputar suami yang menjadi punca keruntuhan mahligai, riwayat tanpa bukti diulang-ulang siar sejak berkurun-kurun lamanya.
Lelaki kerap dikaitkan sebagai punca penceraian kerana suka berfoya-foya dan tidak menjaga kebajikan isteri serta anak -anak yang membuatkan isteri tawar hati dan memilih jalan penyelesaian dengan noktahnya, cerai.
Memang ada kejadian begitu tetapi bila lelaki baik pula kena tuduh secara rambang maka presepsi itu dah jadi lain pula.
Sebelum ini ramai lelaki lebih suka mendiamkan diri. Mungkin rasa salah tu ada juga tetapi lebih ramai mahu menutup aib mereka dan isteri supaya kes tidak berlarutan.
Sebab itu bila kita boleh baca dalam media sosial ramainya wanita memohon perceraian kerana berasa tidak dilayan selayaknya sebagai isteri.
Kita pun turut kasihan dan menuduh bekas suami mereka tidak adil. Sebab utamanya ialah isu duit, duit dan duit.
Kebenaran untuk bercerai itu memang ada tetapi kesempatan yang diambil oleh wanita yang tidak tahan ujian dalam rumah tangga dengan memburuk-burukan pasanganya secara terbuka adalah satu fitnah yang boleh memakan diri sendiri akhirnya.
Ramai juga suami kembali menduda dan tidak berkahwin demi anak-anak sebagaimana wanita yang digembar-gemburkan lebih setia.
Selepas masing-masing mendirikan rumah tangga baharu, baru terserlah siapa yang menjadi punca rumah tangga roboh itu.
Jika selama ini suami banyak diburukkan dalam media sosial kerana perangai mereka, kini tidak kurang juga cerita mengenai isteri sudah berani berselingkuh dengan teman sekerja dengan alasan berasa selesa bila seharian bersama-sama di pejabat.
Dengan sedikit perhatian maka hubungan cinta terjalin, Malah cinta berputik antara bekas kekasih dan tidak kurang pertemuan majlis reunion boleh menjadi asabab wanita beralih cinta untuk mengejar lelaki lebih kaya.
Begitulah bila berlaku perceraian antara Fattah Amin dan Fazura, senario yang sepatutnya bertukar memberi imej "jahat" kepada Fattah tiba-tiba bertukar sebaliknya dengan Fattah dilihat sebagai mangsa keruntuhan rumah tangga.
Secara kebetulan atau tidak, jarang ada lelaki yang dijulang begitu mulia sebagaimana Fattah, bila dia melafazkan cerai ke atas Fazura.
Wanita itu mengemukakan permohonan cerai dengan dakwaan Fattah berlaku curang, tidak memberi nafkah dan mendera emosi.
Lebih teruk lagi, dia dan anak perempuan kecilnya turut dikaitkan tidak menerima duit raya. Fazura dilaporkan antara 10 artis terkaya di Malaysia dengan pendapatan RM20 juta.
"Saya sudah lama tidak bahagia. Duit raya tak pernah dapat. Kereta mewah saya bagi free (sebenarnya dipotong gaji Fattah), digunakan untuk "angkut wanita haram" dan dia curang," cerita Fazura.
Itu alasan yang tidak menjadi setitik nanah sebaliknya dinafikan oleh Fattah dengan bukti-bukti daripada pihak guaman lagi.
Kata seorang netizen TikTok Malaysia, Fahmi Belal, jika seluruh penduduk langit dan bumi mahu menghinanya tetapi bila Allah berfirman, kalau kita ini orangnya mulia, maka mulialah kita.
Jika itu sebaliknya. Fattah menjadi insan yang berhati mulia kerana keberaniannya mengambil "bekas kekasih orang" untuk dipupuk menjadi wanita solehah.
Sebab itu bila lelaki difitnah oleh bekas isterinya, musibahnya kembali kepada penfitnahnya. Tanpa notis atau keizinan, tiba-tiba seorang isteri begitu nekad "menceraikan" suaminya sehingga sanggup memberi alasan yang netizen nampak tidak logik.
Harapkan bala dan nasib malang menimpa Fattah tetapi sebaliknya sokongan bertali arus pula dia dapat. Masyarakat tidak kira lapisan memberi semangat dan sama-sama menjulang namanya. Ternyata pelik kan?
Nasib Fattah samalah dengan apa yang dialami Johnny Depp, pelakon Pirate Of Carribbean yang pada mulanya dihina oleh pemain-pemain utama industri filem Hollywood.
Mereka termakan fitnah oleh bekas isterinya, Amber Heard bahawa Depp seorang pendera, pemabuk, penagih dadah, Malah dalam bicara mahkamah wanita itu sampai sanggup menyolek pipinya agar kelihatan lebam, konon bekas tamparan.
Di England, Depp dijatuhkan hukum dan didenda £10 juta dan dipecat daripada filem itu tetapi bila dibicarakan balik di mahkamah Amerika, ternyata semua itu adalah fitnah Amber.
Wanita itu sengaja mahu merosakkan imej bekas suaminya. Malah duit yang dia ambil hasil menang perbicaraan itu tidak diberikan kepada badan kebajikan seperti dijanjikan.
Fattah selama ini lebih dikenali sebagai artis yang jarang menonjolkan dirinya dalam media sosial selepas mendirikan rumah tangga. Dia hanya lelaki di sebalik tabir kejayaan isterinya berniaga tudung.
Kini dengan title duda terhangat di pasaran, Fattah pertama kali muncul sebagai pelaris untuk jenama PakMat Western dengan mencatatkan lebih 20 juta like daripada rakyat Malaysia yang berjumlah 33 juta orang.
Netizen mahu dia dilabelkan sebagai Duta Malaysia yang berjaya promosi perniagaan dalam talian sebagaimana dilakukan oleh pempengaruh Khairul Aming dengan Sambal Nyetnya.
Nama baik Fattah membuatkan Studio Kembara turut menumpang tuah bila Filem Pendekar Awang & Tok Gajah: Darah Indera Gajah ("Extended Version") kini berada dalam carta No. 1 tayangan tertinggi di Netflix Malaysia.
Catatan Wikipedia melaporkan Abdul Fattah Mohd Amin atau lebih dikenali sebagai Fattah Amin, lahir pada 14 September 1990 ialah seorang pelakon, penyanyi dan model.
Mula meraih kemasyhuran sebagai juara Hero Remaja 2011/2012 dan terkenal menerusi peranan sebagai watak utama, Raja Adrian Benjamin dalam drama Playboy Itu Suami Aku.
Beliau juga dikenali menerusi watak Inspektor Haikal dalam Gerak Khas, Kapten Ejaz Fakhri dalam Suri Hati Mr Pilot, Tengku Ian Uzzam dalam Hero Seorang Cinderella dan Amry dalam Ganjil.
Mendapat pendidikan awal di SMK Desa Tun Hussein Onn seterusnya di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Utara Malaysia (UUM) dengan memperoleh ijazah dalam bidang Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif.
Fattah anak sulung daripada 5 orang adik beradik. Antara adik beliau ialah Farhana dan Farhan. Ibu bapanya, Mohd Amin bin Musa (lahir 7 Jun 1966) dan Azizah Abdul Ghani (lahir 30 Ogos 1968).
Selain daripada kerjaya seni, beliau juga giat menceburi bidang perniagaan dengan mengusahakan sebuah kafe bernama Stalkers Cafe dan sebuah gimnasium, Expendable Gym yang terletak di Kota Damansara.
Fattah juga melabur dalam beberapa perniagaan termasuk kosmetik dan hartanah sebagai persediaan masa depan. - KitaReporters