Video| Kenduri kahwin ala kadar! Bersanding pun cukup atas kerusi plastik! Yang penting akad nikah!

Published by
KitaReporters


Ramai yang sanggup menundakan perkahwinan kerana tidak cukup wang untuk mengadakan majlis kenduri atau resepsi perkahwinan.

Ini kerana majlis kenduri atau resepsi mengeluarkan belanja yang besar berbanding wang mas kahwin dan barang hantaran. 

Apa yang dilakukan oleh satu pasangan di Desa Sukodono, Panceng, Gresik, Jawa Timur ini harus dilaku oleh bakal pasangan pengantin yang kurang wang untuk melakukan majlis kenduri kahwin.

Pasangan pengantin yang berusia awal 20-an ini mengadakan kenduri secara cukup sederhana.



Majlis kenduri dilakukan dengan cukup menjimatkan. Masyarakat kampung dijemput, namun makanannya cukup sederhana. Hanya satu khemah diguna untuk hadirin makan.

Dan bagi acara bersanding, pasangan hanya berpakaian serba putih yang sederhana. Tanpa pelamin yang dihiasi, pasangan pengantin bersanding hanya atas kerusi plastik.



Pasangan bersanding di depan rumah. Di dinding di belakang sejumlah hidangan ada tercatat tulisan "Selamat datang para tamu."

Akad nikah telah dijalankan di sebuah masjid pada sebelah pagi.


Walaupun kenduri diadakan cukup sederhana, namun pasangan pengantin terlihat puas dan sentiasa mengukirkan senyuman kepada hadirin.

Kenduri kahwin ini tular setelah dimuat dalam Instagram @funnelmedia.

Ia mendapat reaksi positif para netizen. Ramai yang memuji cara mengadakan majlis kenduri  yang serba sederhana tetapi tetap meriah. - KitaReporters

17
11
0
8
0

Copy Link: