Video| Nenek tiada duit bayar rawatan gigi! Jam tangan sebagai ganti! Tapi doktor bagi percuma je!

Published by
KitaReporters


Kalau kita rasa susah, sebenarnya ada ramai lagi yang lebih susah daripada kita. Jadi, bersyukurlah dengan ujian yang Allah SWT berikan. 

Begitu juga apabila kita melihat orang lain susah seperti jiran tetangga, sebenarnya ujian itu bukan untuk dia sahaja, tetapi untuk kita juga. Allah SWT mahu melihat sikap kasih sayang dan keprihatinan kita terhadap insan lain.

Pada era serba moden di mana media sosial menguasai segala-galanya, berita atau apa jua kejadian mudah tersebar dan viral. 

Kita ambil sudut pandang positif, contohnya berita mengenai kesulitan atau kesusahan yang berlaku dalam masyarakat, ia mudah tersebar. Ini secara tidak langsung dapat membantu pihak berwajib atau individu menghulurkan bantuan secepat mungkin.



Malah, ia juga dapat memberi keinsafan dan menanam sifat kasih sayang serta prihatin masyarakat. 

Begitulah yang terjadi terhadap kisah seorang nenek di Indonesia yang ingin mendapatkan rawatan pergigian namun tidak mempunyai wang.

Dalam satu video yang viral, kelihatan seorang nenek datang ke klinik gigi untuk mendapatkan rawatan. 

Saat berjumpa doktor, nenek tersebut pun menceritakan masalah yang dihadapinya. Ketika itulah nenek tersebut mula menangis. Tanpa malu, dia berterus-terang dengan doktor bahawa dia tidak mempunyai wang selain jam tangan.



Tambah nenek tersebut seperti yang diceritakan dalam video, suaminya telah meninggal dunia. Manakala dua orang anaknya tinggal jauh di bandar dan jarang balik menjenguknya.

Setelah doktor memeriksa, didapati gigi depannya sudah goyang dan harus dicabut. 

Setelah selesai rawatan, doktor memulangkan kembali jam tangan milik nenek. Malah, doktor tersebut gembira kerana diberi peluang membantu nenek itu.



Video yang diunggah oleh seorang pengguna aplikasi X (Twitter) mendapat perhatian ramai. 

Kisah sedih nenek tersebut telah meruntun hati netizen. Rata-rata netizen melahirkan rasa sedih dan simpati yang menimpa nenek tersebut. Malah, ramai netizen berterima kasih kepada insan-insan yang baik hati membantu nenek tersebut.

"Seorang nenek datang ke doktor gigi. Tetapi dia membayar menggunakan jam tangannya kerana dia tidak mempunyai wang," tulis pemilik akauan X tersebut.



Berkat keikhlasan doktor gigi, nenek itu juga dapat pulang dengan gembira. 

Pengajaran yang kita boleh pelajari di sini ialah, kalau kita masih mempunyai ibu bapa, keraplah balik ke kampung menjenguk mereka. Kadang-kadang mereka tidak mahu menyusahkan anak-anak dan merahsiakan kesusahan.

Sebagai anak, menjadi tanggungjawab untuk sentiasa bertanya khabar dan menjenguk mereka. - KitaReporters


10
11
0
19
0

Copy Link: