Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (tiga dari kanan) menyampaikan hadiah wang tunai RM10,000 kepada Mohd Nor Rahmat (tiga dari kiri) yang memenangi tempat pertama pada Kejohanan Memancing Cabaran Kelubong di Kelubong, dekat Sungai Kerang pada 28 September 2024.


Ikap siakap dan ikan tebal pipi dinobatkan sebagai pemenang pertama dan kedua dalam Kejohanan Memancing Cabaran Kelubong yang berlangsung di Kelubong dekat Sungai Kerang pada 28 September 2024.

Kejohanan kali ketujuh penganjuran itu berjaya menarik penyertaan seramai 288 orang pemancing dari kawasan Bukit Gantang.
Seorang nelayan, Mohd Nor Rahmat dinobatkan ebagai johan apabila berjaya menaikkan seekor ikan siakap seberat 1.325 kilogram (kg) dalam tempoh dua jam.
Dengan kemenangan itu, beliau membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM10,000 yang ditawarkan pada kejohanan itu.
“Saya menggunakan umpan udang hidup untuk menaikkan ikan siakap dalam tempoh 10 minit ke dalam sampan.
“Saya tidak sangka dapat menang hadiah yang berharga kepada saya. Saya akan gunakan wang ini untuk membantu ahli keluarga saya,“ katanya ketika ditemui di Sungai Kerang. 

Mohd Nor, 41 dari Kampung Matang Acheh, berkata, ini merupakan kemenangan pertama dalam pertandingan seumpama ini.


Syed Abu Hussin Hafiz (dua, kanan) menyampaikan hadiah wang tunai RM5,000 kepada wanita tunggal, Azizul Saad (kiri)  yang memenangi tempat kedua pada Kejohanan Memancing Cabaran Kelubong. 


Seorang wanita ibu tunggal, Azizul Saad, 56 tahun, pula meraih tempat kedua apabila berjaya menaikkan ikan tebal pipi seberat 1.065 kg.
“Alhamdulillah, rezeki saya dapat ikan dalam tempoh tiga jam memancing sejak pukul 10 pagi hingga pukul 1 tengah hari,” katanya yang kelihatan gembira dengan meraih hadiah wang tunai RM5,000.
Seramai 288 peserta menyertai kejohanan tersebut.
Sementara itu, Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal berkata, program memancing ini memberikan impak ekonomi kepada penduduk di Bukit Gantang.
Katanya, ini kerana penduduk dapat berniaga umpan seperti udang hidup dan ikan belanak untuk kegunaan pemancing.
“Perniagaan itu memberikan pulangan yang lumayan kepada penduduk kerana permintaan amat menggalakkan,” katanya.
Syed Abu Hussin berkata, pihaknya akan menganjurkan kejohanan ini secara terbuka pada peringkat kebangsaan untuk memberi peluang kepada pemancing dari seluruh negara menyertainya pada tahun depan.
“Saya yakin kejohanan memancing ini terbukti menyentuh hati rakyat,” katanya.
Beliau berkata, sepatutnya agensi kerajaan boleh membantu bagi menyemarakkan kejohanan ini. - KitaReporters

Syed Abu Hussin Hafiz (kiri) bergambar dengan pemancing-pemancing yang memenangi hadiah pada Kejohanan Memancing CabaranKelubong di Kelubong, dekat Sungai Kerang pada 28 September 2024.

14
6
0
15
0

Copy Link: