Video| Kalau kat Malaysia ni, dah kena dah! Doktor letak jawatan! Dilarang berhijab ketika bertugas!
Published byRumah Sakit Medistra yang tidak membenar kakitangan perubatan berhijab
Kerana prinsip dan demi keagungan Islam, seorang doktor pakar bedah onkologi, Dr Diani Kartini sanggup meletak jawatan dan hilang pendapatan yang lumayan daripada sebuah hospital swasta.
Ini kerana Hospital Medistra di Jakarta Selatan, Indonesia tidak berganjak dengan keputusan melarang petugas perubatannya untuk berhijab.
Dr Diani sudah bekerja di Hospital Medistra sejak 2010 dan memutuskan untuk meletak jawatan pada Sabtu, 31 Ogos 2024.
Kisah Dr Diani menjadi tular apabila surat protesnya kepada pihak pengurusan hospital dimuat naik sejumlah laman sosial pada 29 Ogos 2024.
Dalam surat itu Dr Diani antara lain membidas polisi hospital itu tidak membenarkan doktor dan jururawat memakai hijab.
Tambahnya, ramai doktor dan jururawat wanita yang berhijab terpaksa membuka tudung kepala merek ketika bertugas yang dianggapnya sebagai satu diskriminasi.
Hospital (Rumah Sakit) Medistra popular dalam memberi perkhidmatan rawatan kepada warga antarabangsa. Bagaimanapun, sebilangan besar hospital swasta lain di Indonesia tidak melarang pekerja perubatan memakai hijab.
/
/
Dr Diani percaya rezeki ada di mana-mana dan akan cuba bekerja di hospital swasta yang membenarkan para pekerja kesihatannya memakai jilbap ketika bertugas.
Sejumlah netizen bersetuju dengan tindakan tegas Dr Diani dan berharap beliau akan mendapat rezeki lebih baik di tempat baharu.
Tambah netizen, hospital itu kehilangan seorang doktor pakar onkologi yang berpengalaman. Onkologi berkaitan dengan rawatan kanser.
Sementara itu, Pengarah Rumah Sakit Medistra, Dr Agung Budisastria pada Isnin, 2 September 2023 memohon maaf dasar yang dibuat oleh pihak hospital tetapi akan bertegas dengan dasar itu di samping terus memberi perkhidmatan terbaik. - KitaReporters