BENJAMIN Keough, 28, cucu kepada 'Raja Rock & Roll', mendiang Elvis Presley, meninggal dunia selepas menembak dirinya sendiri. Benjamin, anak lelaki kepada Lisa Marie Presley ditemui mati di kediamannya di Calabasas, California, Amerika Syarikat pada Ahad, 12 Julai 2020, lapor media TMZ. : KitaReporters

Benjamin dikatakan mempunyai iras Elvis Presley. - Kredit foto: IG @benjaminpresley

Lisa dikatakan benar-benar bersedih atas berita pemergian anak lelakinya, hasil perkongsian hidup dengan suami pertamanya. Danny Keough.

Benjamin merupakan adik kepada aktres Riley Keough yang terkenal dalam beberapa filem seram anraranya ‘The Lodge’.

Benjamin (paling kanan) bersama adik-beradik dan ibu mereka,Lisa


Lisa juga pernah berkahwin dengan dengan Raja Pop, mendiang Michael Jackson dan pelakon terkenal Nicolas Cage.

Benjamin dikatakan mewarisi wajah mendiang datuknya, Elvis Presley.

Kematian akibat bunuh diri Benjamin mengejutkan ibunya, Lisa.

2
1
0
0
0

Copy Link: