HERO drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku Bahagian 2’  di TV3, Shukri Yahaya, 32,  mendapat hadiah istimewa apabila lahirnya anak keduanya jam 2.18 petang Isnin, 20 Julai 2020.  Anak keduanya berkelamin lelaki.  : KitaReporters 

Shukri syukur dapat anak berkelamin lelaki. - Kredit foto: IG shukriyahaya


Dia bersyukur dengan kurniaan itu dan kini sudah memiliki sepasang cahaya mata, di mana anak pertamanya Aaira Ameena berkelamin perempuan dan sudah berusia empat tahun.

Pasangan suami isteri ini sudah mempunyai nama untuk bayi mereka, tetapi belum sedia menghebahkan.

Shukri, Tya dan Amira bergambar kenangan. Kredit foto: IG Tya Adnan


Dalam Instagramnya, Shukri mengucap syukur atas kelahiran anak keduanya itu. Dia turut mengucap terima kasih kepada mereka yang mendoakan keselamatan isteri dan bayinya.

Dia turut mengucap terima kasih kepada isterinya kerana selamat melahirkan.

Syukri berkahwin dengan Tya Adnan (Siti Nurfatihah Ahmad Adnan) pada 20 November 2015 di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Shukri, Tya dan Amira ketika bercuti di Jepun. - Kredit foto: IG tya adnan


Syukri dalam IG-nya turut menerima menerima ucapan selamat daripada beberapa teman artis. Ippo Hafiz dan Siti Saleha iaitu pasangannya dalam drama ‘7 Hari Mencintaiku 2’.

Sementara itu, drama bersiri ‘7 Hari Mencintaiku 2’ yang mula ditayang di TV3 jam 7 malam pada 2 Julai 2020 lalu kini mendapat sambutan penonton.


Drama bersiri arahan Jamal Khan selain dibintangi Syukri dan Siti Saleha, turut dijayakan oleh Jasmin Hamid, Liza Abdullah dan Kazar Saisi. - KitaReporters

2
0
0
0
0

Copy Link: