Negatif COVID-19! Jemaah Masjid Ulul Albab dibenarkan pulang
Published by“ALHAMDULILLAH syukur kepada Allah kerana kami semua
diberi kesihatan yang baik dan tiada gejala COVID-19 yang menimpa ahli Jemaah Masjid
Ulul Albab, Seberang Jertih, Terengganu selepas menjalani kuarantin selama lima
hari.” Itulah luahan gembira Muhamat Mustaffa, 65, dari Kampung Kenjeng, Jertih. : KitaReporters
Muhamat Mustaffa, jemaah Masjid Ulul Albab yang di kuaratin
Lagi cerita-cerita berkaitan Terengganu:
https://kitareporters.com/search?search=terengganu
Muhamat bersama 22 lagi rakan Jemaah Masjid Ulul Albab sebelum ini diarah menjalani kuarantin di Wakaf Tapai, Marang selepas dikaitkan dengan kontak rapat Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.
Jemaah terbabit mengambil tindakan membuat pemeriksaan di Klinik Kesihatan Pasir Akar, Hulu Besut, susulan Dr Zulkifli disahkan positif COVID-19 dan menjalani rawatan serta kuarantin.
Ahli Jawatankuasa Masjid Ulul Albab bergambar kenangan bersama Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Jemaah Masjid Ulul Albab yang dikuarantin telah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.
Sebelum ini, pada 25 September 2020 Dr Zulkifli telah datang ke masjid tersebut dan sempat menunaikan solat Jumaat di masjid berkenaan. Malah, beliau turut membaca khutbah selain bersalaman dengan orang ramai dan bergambar kenangan ahli Jawatankuasa masjid tersebut.
Gambar dari Facebook Dr Zulkifli ketika membaca khutbah di Masjid Ulul Albab Jertih
Muhamad berkata, mereka dimasukkan ke pusat kuarantin di Wakaf Tapai, Marang pada 6 Oktober 2020 dan telah dibenarkan pulang pada semalam, Sabtu 10 Oktober 2020.
Katanya, dalam tempoh lima hari berada di pusat
kuarantin kumpulan tersebut menjalani dua kali ujian dan semuanya negatif.
Petugas KKM menanggalkan gelang pada tangan Muhamad selepas dibenarkan pulang dari pusat kuarantin.
Berikutan itu, kumpulan terbabit dibenarkan pulang ke pangkuan keluarga masing-masing pada 10 Oktober 2020 dengan menaiki sebuah bas khas dari Wakaf Tapai ke Besut.
“Sepanjang tempoh berada di pusat tersebut kumpulan Jemaah terbabit tidak putus-putus memohon restu daripada Allah supaya mereka tidak dijangkiti COVID-19,” katanya. Beliau mengucapkan terima kasih kepada semua petugas yang menjaga jemaah berkenaan dan sentiasa memberi motivasi kepada Jemaah.
Sementara itu, pihak berkuasa agama membenarkan aktiviti
keagamaan di masjid tersebut dengan solat Jumaat pada 9 Oktober 2020 lalu selepas
ditutup selama lima hari untuk kerja-kerja nyahkuman (disinfeksi).
Bagaimanapun, kebenaran tersebut hanya untuk tujuan solat lima waktu dan Jumaat sahaja, manakala aktiviti lain masih tidak dibenarkan. - KitaReporters