TERUSKAN USTAZ EBIT LEW!! RAMAI LAGI SOKONG!!

Published by
KitaReporters

SEJAK kebelakangan ini, nama pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew cukup hangat diperdebatkan oleh masyarakat di Malaysia terutama para netizen dalam media sosial. Ini semua terjadi selepas tular gambar serta video apabila Ustaz Ebit Lew membantu sebuah keluarga yang dikenali Pak Aq di Alor Star, Kedah untuk berpindah ke rumah baharu selepas 15 tahun mereka tinggal di rumah yang sangat daif dan usang. : KitaReporters

Kredit: FB Ebit Lew


Namun begitu, niat baik dalam membantu telah menimbulkan salah faham dalam kalangan netizen sehingga beliau dihina dan dikeji oleh sesetengah masyarakat terutama dalam media sosial. 

Terbaharu, melalui perkongsian daripada Ct Aqasyaidah SZ dalam Facebook miliknya menunjukkan Ustaz Ebit Lew mengulas sedikit mengenai isu yang melibatkan dirinya ketika ini.

Dalam video yang berdurasi 11 minit itu, Ustaz Ebit Lew sedar bahawa terdapat sesetengah golongan agamawan mahupun cendekiawan yang acap kali mengutuk beliau dalam media sosial.

Kredit: FB Ct Aqasyaidah SZ. 


Namun Ustaz Ebit Lew mengambil pendekatan untuk tidak membalas kembali seranggan itu, sebaliknya bertindak berdiam diri dan hanya mampu menangis sambil berdoa kepada Allah. 

Berdiam diri bukan bermakna beliau takut tetapi Ustaz Ebit Lew menghormati para ilmuwan ini. 

Beliau pernah berdakwah di tepi jalan dan gangster datang kepadanya, namum dengan hidayah Allah, gangster tersebut telah berubah menjadi manusia yang baik. 

Tambahnya, beliau hairan kenapa sering menjadi mangsa cacian padahal aktiviti yang dilakukan oleh beliau bersama pasukannya tidak pernah memintak duit daripada mereka, malahan beliau juga tidak pernah menghina golongan lain. 

Ustaz Ebit Lew juga ada berkata dalam video tersebut, bahawa beliau pernah dihalau ketika menjalankan aktiviti di beberapa tempat dan yang menghalau mereka ini adalah golongan ustaz sendiri. 


Kredit: FB Ebit Lew. 


Beliau menyedari, ada yang cuma mempertikaikan bantuan yang beliau sering lakukan, namun Ustaz Ebit Lew ada jawapan tersendiri dan beliau bertambah semangat setiap kali orang bercakap mengenai dirinya.

''Saya order satu lori besar, memang saya saja je, orang kata ustaz nak menunjuk, 

"Memang saya nak menunjuk, menunjuk  apa, supaya orang bukan Islam mudah-mudahan dapat hidayah,

"Memang saja nak menunjuk supaya orang ini dapat cepat dibantu,'' jelas Ustaz Ebit Lew.

Kita manusia yang lemah, bila mana telah diserang dari pelbagai sudut dalam media sosial sudah tentu sedikit sebanyak akan membuatkan kita mengalir air mata, apatah lagi kerja yang kita lakukan itu adalah untuk membantu mereka yang memerlukan.

Ustaz Ebit Lew ada menulis dalam Facebook miliknya seperti meluahkan apa yang terbeku di hati beliau ketika itu. 


Kredit: FB Ebit Lew


Di sebalik kekecohan yang melanda dirinya sehingga ada yang berkata beliau cuba mengaitkan pelbagai pihak, Ustaz Ebit Lew sekali lagi menulis dalam FB meminta maaf kepada semua pihak dan berharap keluarga Pak Aq tidak dihina oleh mana-mana pihak. - KitaReporters


Kredit: FB Ebit Lew 

8
0
2
0
0

Copy Link: