Anggota bomba dan penyelamat Jertih memadam kebakaran rumah ibu tunggal di Kampung Seberang Jertih, Terengganu.


DUA beranak menghadapi detik cemas dengan bertindak terjun melalui tingkap rumahnya setinggi empat meter untuk menyelamatkan diri apabila rumah yang mereka duduk di Kampung Seberang Jertih, Besut, Terengganu terbakar

Dalam kejadian pada jam 1 pagi Selasa, 2 Januari 2021 itu, mangsa, Azma Abd Rahman, 45, seorang ibu tunggal dan anak perempuannya, Raidah Khairudin, 22, sedang tidur.

Azma dan anaknya yang tidur di bilik berasingan menyedari kejadian tersebut selepas terdengar bunyi letupan dan melihat api marak membakar rumah pusaka peninggalan orang tuanya.


Lagi kisah-kisah duka berkaitan kebakaran:

https://kitareporters.com/search?search=kebakaran


Azma Abd Rahman (kiri) dan anaknya Raidah Khairuddin (kanan) melihat kediamannya yang hangus terbakar pada 2 Februari 2021.


Katanya, ketika dia cuba menyelamatkan diri dia mengetuk pintu bilik anaknya tetapi tiada jawapan menyebabkan belau khuatir anaknya tidak dapat keluar dari bilik. 

Bagaimanapun, dia terdengar suara Raidah dari luar rumah yang sudah menyelamatkan diri dengan terjun dari bilik tidurnya.

Sebaik sahaja mengetahui anaknya selamat, beliau kemudian menyusur bertindak terjun melalui tingkap setinggi empat  meter.


Azma Abd Rahman


Manakala, seorang lagi anak mangsa, Ahmad Zaim Khairudin, 19, tiada di rumah kerana tidur di rumah kawannya.

Ketika menyelamatkan dengan membuat penerjunan Azma menerima lima jahitan pada kepalanya kerana tercedera, manakala Raidah hanya mengalami cedera ringan.

Katanya, dia nekad untuk mati bersama anak jika ketika itu Raidah masih teperangkap dalam bilik tidurnya.


Raidah Khairudin


“Alhamdulillah Raidah rupa-rupanya berjaya menyelamatkan diri lebih awal dan ketika itu terdengar suaranya memanggil saya supaya terjun,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. 

Bagaimanapun, dalam kejadian yang menimpa itu, mangsa tidak sempat menyelamatkan barang-barang termasuk dokumen penting malah kini tinggal sehelai sepinggang.


Azma menunjukkan dia terjun melalui tingkap rumah untuk menyelamatkan diri apabila rumahnya terbakar 


Rumah kayu berukuran 60 x 70 kaki  berusia lebih 100 tahun itu hampir 70 peratus musnah dijilat api.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (JBPM) Jertih, Muhammad Tarmimi Che Musa berkata, tiga buah jentera bersama 15 anggota dikejarkan ke tempat kejadian sejurus menerima panggilan pada jam 1:20 pagi.

Menurutnya, setiba di lokasi, rumah papan jenis sementara berkeluasan 60 x 70 kaki itu sudah musnah hampir 70 peratus.


Rumah papan berusia lebih 100 tahun didiami Azma musnah terbakar


Namun, api berjaya dikawal sepenuhnya dalam masa kira kira 30 minit. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan dan punca kejadian masih dalam siasatan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Jertih, Datuk Muhamad Pehimi Yusof turut melawat mangsa  dan menyumbangkan bantuan bagi meringankan beban ibu tunggal terbabit.

Jika ada pihak yang bersimpati, bolehlah menghubungi Azma menerusi talian 014-5422070. - KitaReporters

22
9
88
7
10

Copy Link: