Video| Hebatnya naluri isteri! Dapat rasa sesuatu berlaku terhadap suaminya meninggal dunia!
Published byNaluri seorang isteri sangat kuat, terdetik apa sahaja tentang suaminya pasti dada berdegup kencang. Begitu juga jika ada sesuatu yang buruk berlaku kepada pasangan selalunya isteri akan ‘merasai’ petanda itu.
Kisah sama turut berlaku kepada keluarga penceramah
agama Ustaz Dusuki Abdul Rani apabila berdepan detik getir bapa mentuanya, Ustaz Md
Azhari meninggal dunia akibat sakit tua ketika dalam perjalanan ke hospital pada 2 Februari 2021 lalu.
Dan lebih menyedihkan ketika itu ibu mentuanya, Fatimah Muda tiada di sisi kerana sedang
bertarung nyawa menjalani pembedahan.
Lagi kisah-kisah duka berkaitan meninggal dunia:
https://kitareporters.com/search?search=meninggal+dunia
Kongsi Ustaz Dusuki dalam Instagramnya pada 2 Februari 2021 itu, dia sekeluarga pada awalnya merahsiakan pemergian bapa mentua kerana bimbang dengan emosi dan kesihatan ibu mentuanya, yang baharu selesai menjalani pembedahan.
Namun siapalah kita yang boleh menidakkan naluri dan nilai kasih sayang seorang isteri terhadap suaminya sendiri!.
Malah katanya, sejak selepas dibedah ibu mentuanya tertanya berkenaan ketiadaan suaminya yang selama ini sering menemaninya sepanjang masa.
Lalu untuk tidak terus berbohong Ustaz Dusuki bersama adik beradik lain nekad berterus-terang dan membisikkan ke telinga ibu mentuanya menyampaikan khabar suaminya telah kembali ke kampung abadi.
“Mula adik beradik kami membisikkan di telinganya ketiadaan ayahanda, laju air matanya mengalir... semenjak dari semalam (2 Februari) lagi bonda tertanya tanya ketiadaan ayahanda di sisinya… hari ini (3 Februari) kami adik beradik berterus terang kepada bonda,” kongsinya dalam Instagram miliknya.
Malah ketika perjalanan pulang dari hospital ke rumahnya di Machang, Kelantan ambulans yang membawa itu singgah di pusara suaminya.
“Sebelum sampai di rumah, ambulan yang membawa bonda didatangkan ke pusara Allahyarham suaminya.. mengalir air mata jernih bonda melihat pusara suaminya... Allahuakbar... diiringi bacaan ayat ayat al quran untuk di baca bersama....,” kongsinya lagi.
Allahu.. hanya dia yang tahu perasaan ketika itu.
Hebatnya wanita… nalurinya cukup berkuasa apa sahaja
yang berlaku kepada cinta hatinya pasti dapat dikesan.
Semoga pasangan itu kembali bersatu di jannah.
Salam takziah kepada Ustaz Dusuki. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang soleh dan tenang di sana serta ibunya kembali sihat. - KitaReporters