Pembedahan potong kaki 9 jam di HKL! SAM bersyukur Fuad Rahim kini dalam keadaan stabil, baik
Published byPERSATUAN Penulis-Penulis Sukan (SAM) berkongsi simpati dan kesedihan atas musibah yang menimpa ahli kami, Fuad Rahim, seorang pengulas dan penyampai sukan bebas di RTM Johor yang kakinya terpaksa dipotong kerana kompilasi saluran darah tersumbat.
Lagi kisah-kisah menarik berkaitan Persatuan Penulis-Penulis Sukan (SAM):
https://kitareporters.com/search?search=penulis+sukan
SAM dalam satu kenyataan media memberitahu, kaki kirinya terpaksa dipotong akibat `critical limb ischemia' (salur darah tersumbat tahap 4 secara tiba-tiba).
Untuk menyelamatkan nyawanya, doktor terpaksa membuat keputusan untuk memotong kaki kirinya serta membuat tiga pembedahan untuk menggantikan salur darah di tangan dan kakinya yang tersumbat.
Menurut kenyataan itu lagi, beliau kini dalam keadaan stabil dan melalui perbualan telefonnya dengan Presiden SAM, Datuk Jasni Shafie pada malam 15 Februari 2021, Fuad dalam keadaan yang baik tetapi masih perlu banyak tidur kesan daripada bius ke atasnya.
SAM, dalam kenyataan media itu, mendoakan agar Fuad segera sembuh dan bertabah menghadapi ujian ini. - KitaReporters