Salur darah otak pecah! Rancak menyanyi lagu bernada tinggi!
Published byKEGEMBIRAAN seorang wanita berhibur di pusat karaoke bersama ahli keluarga dan rakan-rakan bertukar menjadi mimpi ngeri apabila dia tiba-tiba pengsan di pusat hiburan berkenaan. Memetik laporan Dailymail, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Zhang dari Dalian dalam wilayah Liaoning, China dikatakan muntah ketika sedang rancak menyanyikan lagu bernada tinggi. : KitaReporters
ZHANG masih bernasib baik sempat menjalani pembedahan segera berikutan saluran darah pada bahagian otaknya ketika sedang rancak menyanyi di pusat karaoke di bandar Dalian, China, baru-baru ini. - Kredit foto: Dailymail.co.uk.
Wanita berusia 55 tahun itu kemudian dikejarkan ke
hospital untuk rawatan dan berjaya menjalani pembedahan kecemasan selama dua
jam.
Terdahulu, Zhang dikatakan menyanyikan dua lagu klasik
berturut-turut sebelum berhasrat meneruskan lagu ketiga yang juga bernada
tinggi.
Namun ketika sedang rancak menyanyi dia tiba-tiba
merasakan tidak selesa sebelum termuntah dan pengsan di bilik karaoke
berkenaan.
Rupanya dia muntah kerana saluran darah pada bahagian
otaknya pecah!
Doktor dari Hospital Dalian yang merawat Zhang
berkata, selepas pemeriksaan dan imbasan otak mendapati salurah darah di
bahagian otaknya pecah berikutan menarik nada tinggi dalam tempoh yang lama.
Alamak…bahayanya!!!
Dr. Jin yang
merawat mendapati kecederaan berkenaan menyebabkan saluran darah tersebut pecah
sepanjang 0.09 inci.
Beliau yang juga seorang pakar di hospital berkenaan
berkata, salurah darah pecah atau dipanggil aneurisme otak biasanya berlaku disebabkan beberapa faktor kesihatan.
Malah, Zhang sendiri mengakui memiliki penyakit berbahaya iaitu tekanan darah tinggi dan
kencing manis.
IMEJ imbasan mendapati saluran darah pada bahagian otak pecah sepanjang 0.09 inci.
Keadaan aneurisme itu terjadi apabila berlaku ‘gelembung udara’ atau pembengkakan pada dinding salur darah arteri yang menyalurkan darah ke otak, sekali gus menyebabkan pembentukan darah berlaku sebelum menyebabkan saluran darah itu pecah.
Aneurisme otak mempengaruhi arteri otak utama yang
mengalir di bawah otak dan dasar tengkorak dan risiko aneurisme pecah terjadi ke
atas golongan berusia 40 tahun ke atas.
Ooh ni yang kena hati-hati!!! Bila sampai usia 40.
Keadaan ini amat membahayakan pesakit kerana kerosakan
otak boleh berlaku sehingga membawa maut sekiranya tidak diberikan rawatan segera. - KitaReporters