“Tak kisahlah kami sekeluarga tinggal di rumah usang dan uzur asalkan hidup aman dan bahagia malah bersyukur dengan apa yang ada,” begitulah keluhan suri rumah, Raja Norzurada Raja Omar, 33, dari Kampung Saujana, Setiu di Terengganu. : KitaReporters

Beginilah keadaan rumah kediaman enam beranak di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu


Bukan tidak mahu rumah yang besar dan selesa apa lagi ia tidak  dibasahi air bila hujan dan terhalang daripada cahaya panas matahari bila musim kemarau, tetapi ini sahaja kemampuan yang terpaksa ditanggung. 

Raja Norzurada berkata, beliau reda walaupun terpaksa tinggal bersama suami dan empat orang anaknya dalam sebuah rumah yang serba kekurangan. 

Selain ketiadaan bilik, rumah itu juga bocor di bahagian dapur jika hujan lebat serta sebahagiannya berdindingkan zink. 

Raja Norzurada Raja Omar.


"Inilah rumah saya yang kami sekeluarga tinggal sejak lebih setahun lalu, sebelum itu hampir 10 tahun saya tinggal di pondok kecil berhampiran rumah ini," katanya. 

Norzurada berkata, suaminya Mohd Khairul Azizol 28, tidak mempunyai sumber pendapatan tetap kerana  bekerja kampung dan pendapatan yang diperolehinya hanya mampu untuk menyara keluarga. 

Menyedihkan beginilah keadaan di dalam rumah Raja Nurzurada


Katanya, suaminya terpaksa menyara empat anak, Mohd Khairi, 9; Mohd Haidir, 5; Noraishah Mediana, 2; dan Mohd Aiman Rezeki, 3 bulan

"Suami memang tidak mampu untuk membina sebuah rumah yang lebih selesa dari ini, tapi pendapatanya cukup untuk kami makan dan pakai," katanya.

Kredit foto: https://www.facebook.com/Setiukini-2014438925550757


Tular dalam media sosial kisah kehidupan enam sekeluarga di Kampung Saujana, Setiu, Terengganu

Menurut kisah dalam posting FB itu, rumah tersebut dibina di atas tanah milik ayahnya yang tinggal berhampiran rumahnya di Kampung Saujana, Setiu. 

Sebahagian komen dari netizen di media sosial terhadap nasib keluarga Raja Nurzurada


Kisah hidup pasangan terbabit yang tular dalammedia sosial mendapat simpati netizen dan berharap ada pihak yang berwajib membantu membina rumah baharu untuk keluarga berkenaan. 

Ramai yang sedih melihat keadaan rumah yang buruk dan uzur dan menunggu masa untuk roboh, tetapi ada yang memuji kerana persekitaran rumah berkenaan dijaga dengan baik dan dalam keadaan bersih.

Malah tidak kurang juga netizen yang mengharapkan Ustaz Ebit Lew datang datang untuk membantu menyelesaikan masalah dihadapi keluarga terbabit. 

Sementara itu, Norzurada berterima kasih kepada Kelab Ikon Malaysia yang dipengerusikan oleh Datuk Normaziah Sheikh Mohamed kerana menghulurkan bantuan barangan keperluan dapur kepadanya. 

Bantuan itu disampaikan oleh penulis SetiuKini, Amirudin Ismail sebagai mewakili kelab tersebut di rumah Norzurada, pada  Ahad, 21 Jun 202 lalu. - KitaReporters

3
3
5
1
0

Copy Link: