BAGI penggemar susu segar di Malaysia, siapa yang tidak kenal dengan Azmi Zainal, 54, yang rata-rata memanggil beliau dengan nama 'Boss Susu'. Jika 10 tahun lalu, anak kelahiran Felda Sungai Kelamah, Negeri Sembilan ini hanya berniaga susu kambing di pasar-pasar tani dan paling membanggakan dirinya ketika itu apabila berjaya menjual 60 botol sehari yang setiap satunya berharga RM5. : KitaReporters



Namun, hari ini siapa sangka beliau bukan sahaja berjaya meletakkan syarikat naungannya, Farm Fresh Milk Sdn. Bhd. sebagai syarikat susu segar terbesar Asia Tenggara, tetapi Azmi turut melahirkan puluhan usahawan susu dengan jualan lebih RM1 juta dalam tempoh setahun.

Azmi yang merupakan Ketua Pegawai Operasi Farm Fresh berkata, kejayaan tidak akan datang bergolek kerana paling utama adalah usaha dan perlu bertahan dengan tidak hanya berada dalam keadaan yang selesa.


"Dari saya sendirian menjual susu, hari ini terdapat sebanyak 36 stokis seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak, Singapura serta Brunei. Seramai 1,100 ejen termasuk 620 home dealer

"Tetapi semua ini tidak terjadi dengan mudah. Kena ada nakhoda yang mengemudinya. 

"Brader coaching mereka... brader tiupkan semangat, tatkala mereka lembik, brader jerit bila mereka lalai agar tidak tergelincir," katanya yang membahasakan diri sebagai brader.

Tambahnya, beliau sanggupkan korban masa dan tenaga dalam usaha memastikan usahawan di bawah kendalian tidak hilang arah dan hanya fokus kepada perniagaan yang dijalankan.


"Brader korbankan masa dengan keluarga, brader korbankan waktu rehat, brader letak tepi lagak orang kaya kerana mahu membimbing mereka, tidak kira masa.

"Pukul 4 pagi pun brader bangun memandu beratus kilometer sendirian demi memimpin mereka.

"Inilah pengorbanan seorang nakhoda dan brader berpegang teguh kepada pepatah, 'kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai'," kongsinya.


Menariknya bisnes kendalian Azmi membolehkan stokis menjana pendapatan antara RM10,000 hingga RM25,000 sebulan, manakala peniaga seperti home dealer dan ejen mampu memperoleh pendapatan bersih sehingga RM3,500 sebulan.

Kilang pemprosesan susu Farm Fresh iaitu The Holstein Milk Company Sdn. Bhd. di Muadzam Shah, Pahang kini menyasarkan untuk mengeluarkan 10 juta liter susu segar setahun bagi menampung permintaan susu negara.

Kerajaan juga ketika ini menjadikan kejayaan Farm Fresh sebagai lembah tenusu di Muadzam Shah dijadikan contoh kepada lembah tenusu lain di negara ini. - KitaReporters

Azmi Zainal lahirkan puluhan jutawan susu

6
0
0
0
1

Copy Link: