Masa PKP elok je pantai bersih! Bila PKPP, sampah bersepah!!
Published byWaktu petang, memang ramai pengunjung yang datang ke Pantai Sepat, Kuantan. - Gambar hiasan
Pantai Sepat yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar Kuantan begitu sinonim dengan penduduk setempat dan warga Kuantan seluruhnya.
Sebut sahaja Pantai Sepat, mereka sudah dapat membayangkan di mana kedudukan pantai perkelahan itu. Hebatkan!
Rakyat dilarang keluar tanpa sebab munasabah.
Jika tiada keperluan mendesak rakyat dinasihatkan kekal di rumah. Jika keadaan mendesak keluarlah berurusan tetapi dengan mematuhi prosedur standard operasi (SOP).
Jika berdegil kompaun sehingga RM1,000 dikenakan.
Pantai Sepat sesuai untuk keluarga berkelah dan beriadah. - Gambar hiasan
Pantai perkelahan, air terjun, kawasan rekreasi, taman permainan, masjid, surau dan rumah ibadat agama lain juga tidak dibenarkan sama sekali untuk dikunjungi.
Berikutan itu tular dalam media sosial khususnya Facebook mengenai larangan berkenaan yang mengakibatkan impak yang bukan sedikit. Hasilnya?
Hampir keseluruhan kawasan tumpuan di lokasi pelancongan menjadi bersih, air sungai mengalir jernih, kawasan pantai segar dan indah tanpa sampah!
Jelas rakyat akur dengan PKP sehingga 9 Jun 2020.
Perkongsian gambar sampah yang ditinggalkan di Pantai Sepat dari pemilik akaun Facebook @Amer Rules
Malang sekali kebersihan dan kesedaran dalam mencintai alam sekitar itu hanya untuk sementara waktu sahaja!
Sebaik sahaja kerajaan melonggarkan PKP dengan melaksanakan pula Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bermula 10 Jun 2020 kesedaran sivik secara automatik hilang!
Rakyat mula mengambil kesempatan keluar bebas. Bagaikan burung berterbangan di ruang angkasa.
Kelonggaran keluar untuk pelbagai aktiviti termasuk ke kawasan beriadah bagaikan memperlihatkan perangai sebenar masyarakat Malaysia yang sukar mengamalkan sikap bertanggungjawab ketika berada di tempat awam.
Bukan rumah aku nak jaga bersih-bersih. Tukang kutip sampahkan ada.
Berlagak sungguh!!!
Bagaimanapun, sikap pengunjung yang suka membuang atau meninggalkan sampah di merata tempat menjadikan kawasan sekitar pantai dicemari dengan pelbagai jenis bahan buangan.
Mereka tak ada sebarang rasa bersalah pun mengotorkan pantai yang menjadi tempat tumpuan ramai ini.
Menjijikkan betul.
Memang agak malang sekali melihatkan perbuatan mereka yang tidak ada kesedaran sivik ni.
Tempat yang sepatutnya sesuai untuk seisi keluarga bersantai dan membentang tikar untuk berkelah dipenuhi dengan sisa makanan terbiar. Tak pikir kepentingan awam orang macam ni.
Makan pandai buang tak pandai. Padahal tong sampah ada je!!!
Shiro flower komen: "bodoh bkn biasa2 g berkelah pampers anak xbwk balik.. dh 2020, masih bodoh. maaf xde ungkapan lain selain bodoh sbb yg ad ank kecik ni generasi x dan generasi y. lahir dlm arus modern dh."
Tolonglah. Kekalkan kecantikan dan kebersihan di Pantai Sepat juga di tempat lain yang menjadi tumpuan orang ramai.
Bukankah kebersihan itu sebahagian daripada iman? Awak takde iman atau tak cukup iman?
Tular beberapa keping gambar dalam laman sosial Facebook mengenai keadaan persekitaran di Pantai Sepat yang tercemar dengan pelbagai jenis sampah yang ditinggalkan pengunjung menerusi status seorang pemilik akaun dengan nama Amer Rules.
Beliau menceritakan situasi yang tidak menyenangkan apabila melihat sampah bertebaran seluas mata memandang di Pantai Sepat ketika dalam perjalanan balik ke Melaka.
"Tapi Mengucap panjang aku guys bila SAMPAH seluas mata memandang. Sumpah sgt sgt sedih dengan sikap yang namanya MANUSIA ni. Habis hancur pantai di dibuatnya. Allahuakbar 😔
Status beliau itu telah dikongsi seorang pengguna Facebook Dayah Semadi yang menasihatkan pengunjung jangan terlalu pentingkan diri sendiri.
Walaupun ada yang berkata hanya sampah hanyut, ianya tetap sampah yang sepatutnya dibuang dalam tong sampah atau ditanam di tempat yang sesuai.
Berkelah tak salah. Makan dan minum juga tak salah.
Yang salahnya bila bekas-bekas makanan yang digunakan ditinggalkan begitu sahaja.
Marilah kita bersama menjaga kebersihan dan keindahan alam sekitar ciptaan Tuhan ini demi untuk anak cucu kita di masa depan. - KitaReporters