Suami reda isteri tinggalkan dirinya, anak! Mangsa maut kemalangan! Tercampak keluar kenderaan!
Published byKredit Foto : Info Bencana Terengganu
``SAYA tetap reda dengan ketentuan Allah, walaupun isteri saya pergi buat selamanya dengan sekelip mata meninggalkan saya serta seorang anak berusia lima bulan.
``Sungguh pun begitu, saya juga rasa terkilan kerana arwah tidak meninggalkan sebarang pesan atau tidak bercakap apa-apa sebelum dia menghembus nafas yang terakhir,’’ kata Ahmad Rakeymi Hafey Roslam, 29 selepas isterinya, Nurshahyda Mohd Zaki, 29, terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 380.5, Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) Ajil, Hulu Terengganu pada Ahad, 19 September 2021.
Lagi cerita-cerita menarik berkaitan kemalangan
MAYAT Nurshahyda Mohd Zaki berada di tepi jalan selepas tercampak keluar dari Ford Renger dalam kemalangan jalan raya di LPT2 dekat Ajil, Hulu Terengganu pada pukul 10.15 pagi, 19 September 2021. - Kredit foto: Info Bencana Terengganu.
Mangsa yang merupakan anak yatim piatu meninggal dunia di
tempat kejadian akibat cedera parah di kepalanya manakala Ahmad Rakeymi Hafey dan
anaknya, Nur Ammara Safiyya mendapat cedera ringan.
Ahmad Rakeymi Hafey berkata, selepas isterinya tercampak keluar dari kenderaan yang dinaikinya, Ford Renger akibat terbabit kemalangan jalan raya itu pada kira-kira pukul 10.15 pagi dia cuba beberapa kali memanggil isterinya ketika itu berada di atas jalan tetapi tiada sebarang jawapan darinya.
NURSHAHYDA bersama anaknya, Nur Ammara Safiyya. - Kredit foto: Media Sosial
``Saya melihat arwah sudah tiada lagi dan pemergiannya pada wajahnya dalam keadaan tenang,’’ katanya.
Sebelum kejadian itu, tiga beranak itu yang tinggal di Kampung Saujana, Setiu dikatakan dalam perjalanan pulang untuk menziarahi adik beradik mangsa di Kampung Tanjung Pagar, Dungun, Terengganu.
DALAM kenangan, Ahmad Rakeymi Hafey Roslam bersama isteri tersayang. - Kredit Foto : Media Sosial
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd Adli Mat Daud berkata kemalangan itu berlaku dipercayai berpunca kenderaan mangsa dirempuh oleh sebuah kenderaan lain jenis Toyota Estima yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.
Menurutnya, setiba di tempat kejadian, kenderaan yang dipandu oleh remaja terbabit dari arah Kuala Terengganu menuju ke Bukit Besi dikatakan cuba memotong Ford Renger itu.
FORD Renger yang dinaiki oleh mangsa selepas terbabit kemalangan jalan raya. - Kredit foto: Info Bencana Terengganu
Namun ia gagal kerana kenderaan
remaja itu yang juga seorang pelajar dipercayai hilang kawalan sebelum Toyota
Estima itu merempuh kenderaan mangsa.
`` Remaja lelaki itu kemudian melanggar di sisi kanan kenderaan yang dinaiki Nurshahyda. Mangsa yang berada di sebelah kiri penumpang di bahagian hadapan kenderaan tercampak keluar,’’ katanya.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk dibedah siasat dan jenazah Nurshahyda dikebumikan di kampung halamannya kira-kira pukul 11 malam, hari kejadian (19 September2021).
Kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - KitaReporters
Kemalangan berlaku dipercayai berpunca kenderaan mangsa dirempuh oleh sebuah kenderaan lain jenis Toyota Estima yang dipandu oleh seorang remaja lelaki berusia 19 tahun.