DIA sebenarnya `takut` untuk meminta derma kerana kerja kebajikan yang dilakukan sebelum ini dibiayai daripada wang sakunya sendiri. Malangnya sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), perniagaan terpaksa ditutup dan menjejaskan kelancaran operasi membantu pelajar di tiga madrasah tahfiznya, di Kedah dan Pattani. : KitaReporters.com.

Sangat selesa... Sidi Imam Muhammad menunjukkan kelas pengajian yang baru disiapkan.


Sidi Imam Muhammad Hassan Zaid Ramli, Pengasas Madrasah Fathillah LilShariff Al Mustofa di Jitra dan Alor Setar serta sebuah lagi di Pattani, memberitahu beliau memerlukan bantuan segera untuk keperluan asas termasuk bekalan makanan, minuman, pembayaran bil elektrik dan air untuk manfaat 60 penghuninya.

Ketika dihubungi, Sidi Imam Muhammad pada mulanya `malu` bila diminta untuk menceritakan kisahnya kerana bimbang disalah tafsir. 

Satu sebabnya, mungkin menimbulkan isu negatif kerana beliau adalah ulama masyhur dan pernah menjadi tetamu di istana serta akrab dengan tokoh ilmuwan di luar negara yang menjadi `rumah` keduanya sebelum ini. 

Beliau mengusahakan restoran dan pelbagai jenis perniagaan lain dan menyalurkan keuntungan itu untuk membiayai makan minum secara percuma dan membayar elaun serta sagu hati kepada enam guru tetap dan empat ustaz jemputan.

Kemudahan baru untuk pelajar.


"Kebetulan ujian ini datang selepas kami secara teknikalnya sudah kehabisan dana kerana sebelum PKP, banyak simpanan digunakan menambah baik kemudahan kelas belajar dan membaiki bangunan untuk lebih selamat bagi penghuninya,  katanya.

Mojo KitaReporters menyakinkan beliau untuk memaparkan kesulitan secara terbuka bagi memudahkan orang ramai menyaksikan sendiri keadaan madrasah tahfiznya. 

Sebelum ini, Sidi Imam Muhammad hanya menghantar ke WhatsApp pada teman-teman rapat yang dikenalinya kerana bimbang salah tanggapan terhadap kesulitan kewangan yang dihadapinya sekarang. 

Comelnya anak syurga...ketika memeriahkan acara dengan ulama Syeikh Fadil Albentaniy di Johor Bharu.


Muhammad dianugerahkan gelaran Sidi Imam oleh ulama di Maghribi, mengisi usia dari 8 tahun selepas kematian ibunya dengan belajar di pondok tahfiz milik datuknya sebelum merantau ke seluruh dunia.

Dia pulang ke negara ini untuk bekerja sebagai guru di pondok tahfiz di Pulau Pinang. (Cerita lanjut tentang dirinya akan ditulis).

Pengalamannya membantu dan menimba ilmu itu mendorong dia menubuhkan tiga madrasah tahfiznya sendiri bagi menampung keperluan di Kedah dan Selatan Thailand itu. 

Dia menamakan madrasah tahfiznya sempena nama Sultan Sharif Sulaiman yang memerintah Pattani.

Al-Fatihah untuk Almarhum Sultan Sharif Sulaiman, Raja Pattani yang menjadi sumber inspirasi kembara ilmu Sidi Iman Muhammad.


"Inilah antara iklan yang saya hantar kepada kenalan rapat. 

"Saya malu dan bimbang untuk merayu bantuan ke merata-rata kerana sekarang bukan senang orang nak faham kesusahan ini," katanya.

Sebab itu katanya dia menggunakan akaunnya sendiri kerana sebelum ini semua perbelanjaan ditanggung olehnya. 


ASSALAMULAIKUM  SAUDARA SAUDARI YG DIRAHMATI ALLAH..

 SEMOGA DAPATLAH KIRANYA INFAK SEDIKIT KEMEWAHAN KEPADA ANAK2 TAHFIZ

MADRASAH FATHILLAH LILSHARIFF AL MUSTOFA MADRASAH TAHFIZ  JITRA KEDAH

Boleh hubungi Sidi Imam Muhammad Hassan Zaid bin Ramli

01129264149

No acc CIMB

7610398056 

SEGALA INFAK ANDA SEKELIAN. SEMOGA MENJADI SAMPAN DAN DAYUNG MELUNCUR LAJU DI SUNGAI2 YG ALIRANNYA MENGALIR KE TAMAN2 SYURGA AKHIRAT AAMIIN

INFAK MENYUCIKAN DOSA

MENYUCIKAN HARTA

MEMULUHKAN PENYAKIT

MELUASKAN REZEKI...AAMIIN

Sebahagian kerja dakwah pada peringkat antarabangsanya.


Sidi Iman Muhammad yang berjaya melanjutkan pelajaran sehingga mendapatkan Sarjana Sastera dan Undang-undang dari Universiti Al-Azhar  turut menjadi penasihat kepada madrasah di seluruh negara, berkata inilah pertama kali, pihaknya memohon bantuan kewangan untuk pembiayaan sementara waktu sepanjang tempoh PKP yang sangat terdesak ini. 

Beliau berkata pelajar itu dibimbing membaca, menghafal dan memahami al-Quran sebagai sebahagian daripada dakwahnya untuk memupuk rasa cintakan Allah dan kasih Rasullullah sertakan sayangkan ummah. 

Pelajar-pelajar madrasah itu terdiri daripada anak-anak keluarga susah, asnaf dan keciciran sekolah.

Menurut beliau, kos operasi tiga madrasah itu memerlukan belanja RM20,000 hingga RM30,000 sebulan

Ini termasuk perbelanjaan makan, minum, keperluan pembelajaran, bil elektrik dan api serta rawatan kesihatan dan kes kecemasan.

Pihak madrasah mengakui sukar mendapat bantuan kerajaan kerana bangunan madrasah masih menggunakan kayu kerana kosnya membinanya lebih murah. 

"Jika kami membina bangunan batu untuk memenuhi syarat kerajaan, sampai sudahlah madrasah tidak mungkin terlaksana. 

"Walaupun begitu, aspek keselamatan pelajar adalah keutamaan kami," kata Sidi Imam Muhammad sambil menambahkan mereka baru saja menghabiskan RM50,000 untuk membuat proses membaik pulih bangunan itu, sebelum PKP baru-baru ini berkuat kuasa. - KitaReporters.com

Surau yang selesa.


Menghantar sumbangan kepada penduduk Orang Asli di Pahang. Sidi Imam Muhammad (kanan)

3
0
2
0
0

Copy Link: