MEMBAHAGIAKAN ibu bapa sangat dituntut dalam setiap agama, bukan sahaja dapat menggembirakan mereka tetapi juga memberi pahala berganda kepada si anak.

Kisah sama turut berlaku kepada dua beradik di Indonesia apabila sanggup menabung semata-mata mahu membahagiakan ibu mereka.


Lagi kisah-kisah menarik berkaitan duit syiling


Simpanan yang dilakukan oleh Mochamad Zaenal Muttaqin, 24, dan adiknya, Mochamad Khotibul Musaffak, 20, yang berasal dari Bojonegoro, Jawa Timur dilakukan semata-mata untuk menggantikan sebuah motosikal baharu kepada ibunya, Nur'aini Sulistyoningsih selepas motosikal yang digunakan untuk berniaga sayur-sayuran sebelum ini terlalu uzur.

kedua-dua anak soleh itu memulakan menabung sejak dua tahun lalu untuk membelikan sebuah motosikal baharu kepada ibunya sebelum terlaksana.



Menariknya, wang tabungan tersebut yang semuanya terdiri daripada duit syiling diletakkan di dalam dua guni sebelum dibawa ke kedai motosikal berkenaan.

Namun, apabila pihak kedai membuat hitungan wang yang dibawa dalam dua guni tersebut tidak mencukupi kerana hanya bernilai 10 juta rupiah (RM2,900) sedangkan harga sebenar motosikal yang diidamkan adalah 28.2 juta rupiah (RM8,300).

Bagaimanapun dua beradik berkenaan tidak tertekan kerana mereka masih memiliki simpanan di dalam bank.



Kesemua wang berkenaan diserahkan kepada pemilik kedai untuk merealisasikan impian membeli sebuah motiosikal.

Kongsi dua beradik itu sepanjang menabung mereka juga berdepan pengalaman pahit apabila hasil tabungan awal hilang selepas rumah mereka dipecah masuk.

"Ketika itu duit syiling kami yang bernilai 10 juta (RM2,900) hilang sekelip mata," kongsi mereka.



Namun kejadian berkeaan tidak mematahkan semangat sebaliknya terus menabung bagi merealisasikan impian menghadiah sebuah motosikal baharu kepada ratu hati mereka dan pada 29 Mac 2022 lalu menjadi kenyataan.

Sementara itu, ibunya tidak menyangka anaknya sanggup menabung bagi menggantikan motosikal untuk kegunaannya. Malah, ibu tunggal itu teruja menerima motosikal berkenaan dan tidak sabar untuk menggunakannya. - KitaReporters


 

13
13
0
14
1

Copy Link: